R A Y N I L H A M - 4 7 💕

13.1K 384 10
                                    

Sebulan sudah berlalu. Kejap je, tak lama pun sebulan tu.

Rayn sudah kembali bekerja, twin pula dijaga Fitra. Tah mimpi apa dia tetiba berhenti kerja. Lepastu nak jaga Raiyan Raisha.

Petang itu, Fitra, Faris, Rayn, Raiyan, Raisha dan Affan keluar ke shopping.

"kau tak nak berbaik dengan abang Umar ke?? "

"aku nampak tak baik ke dengan dia?? "

"berbaik maksudnya kahwin balik. "

"entah la Fit. Dia dah tak nak dengan aku. Dia dah muntah, takkan nak jilat balik. "kata Rayn

"aku tahu kau sayangkan dia lagi, kan?? "

Rayn diam.

"diam maksudnya ye. Beb, dia pun sayangkan kau lagi. Apa kata, kali ni kau buat benda yang orang tak pernah buat. "cadang Fitra

"benda apa pulak?? "

"lamar Umar. "

"hotak kau la. Macam perigi cari timba tau tak?? "

"apa salahnya, perigi cari timba. Siti Khadijah pun melamar Nabi Muhammad SAW. "kata Fitra

Rayn mengeluh.

"aku takut. Takut dia tolak. "

"kau kan muka tebal. Dia tolak, buat chill je la. "kata Fitra

"banyak ah kau. "

Fitra ketawa.

"aku confirm dia takkan tolak. "kata Fitra

"habis nak melamar, bagi cincin?? "

"habis kau nak bagi apa?? Spender?? "

"kau dengan mengarut memang tak boleh pisahkan Fitra?? "

Fitra tersengih.

💕💕💕💕💕💕💕💕💕💕

Nani melangkah masuk ke dalam rumah Rayn.

Setahunya, Dilla dan Atok sudah tiada di sini. Rayn dah balik kan??

"Nur Aisy Hannah Nisrina. "seru seseorang.

Nani terus mencari suara itu.

"ushh, Rayn. Terkejut aku. "

"kau terkejut, aku terkejut kucing kau tau. Masuk macam pencuri. Kau nak curi apa ha?? "

"curi hati kau. "kata Nani dan selepas itu dia tergelak besar.

"tak lawak. "

Terus mati ketawa Nani.

"kan?? Aku pun rasa tak lawak. "

"Ni."seru Rayn

"hmm. "

"aku nak melamar Umar."

Terlopong mulut Nani.

"ni betul ke Rayn Ilham ni?? "soal Nani

"ishh, apa yang tak betulnya. Betullah. "

"siapa yang bagi idea ngarut ni?? Dilla?? Ke, Fitra?? "

"anda rasa?? "

"okay, Fitra. "

Rayn mengangguk.

"kau setuju?? "

Rayn mengangguk lagi.

"aku kena la rendahkan sikit ego aku ni. Untuk anak-anak aku. "kata Rayn

RAYN ILHAM ✔️Where stories live. Discover now