Bab 5

114 1 2
                                    


"Morning, sayang." Ucap Datuk Mir Shah seraya melihat anak gadisnya turun dari biliknya. Datin Khadijah terus mempelawa Husna untuk sarapan dan memerhati pakaian Husna. Ya Tuhan, anak dara aku ini kalau dah tak kisah katanya memang beginilah. Dengan rambut yang diikat tinggi-tinggi macam perempuan berpantang , cermin mata sebesar mukanya, seluar track yang sudah koyak di lutut, secalit make up pun tiada pada mukanya.

"G'day pa,ma." Jawab Husna dan terus duduk untuk menceduk nasi goring belacan Mak Siti. Hurm! Rindunya dengan masakan Mak Siti, this is so delicious kata Husna dalam hati. Namun meja makan yang kosong membuatkan Husna mencari keberadaan abangnya.

"Abang mana ma?" tanya Husna sambil melihat di sekeliling rumah. Ada kat luar tu dengan Ali sekali, baru dah lepas jogging budak berdua tu. Husna ingin bertanya dengan lanjut namun kelibat Hadi dan Ali membuatkan dia membatalkan niatnya.

" Hadi, Ali mai sini sarapan sudah-sudahlah tu bersenam." Hadi duduk bertentangan dengan Husna manakala Ali duduk bersebelahan dengan Husna. Hadi mulai menanyakan Husna bagaimana dengan tidurnya nyenyak ke tak?

"8 hours of sleep will never betray your body." Jawab Husna dengan senyum dan mengambil ikan bilis dari pinggan Ali. Ali pula hanya senyum memandang mereka dan terus memilih ikan bilis dari nasi gorengnya dan kemudian meletakkan ke atas pinggan Husna. Tanpa mereka sedar ayah, ibu dan Hadi hanya memerhatikan tingkah mereka berdua, bagi Hadi itu hal biasa namun tidak bagi Datin Khadijah yang merasakan anak daranya itu memberi perhatian khas kepada Ali Asaf.

"Ali kenapa dengan leher itu?" tanya Datin Khadijah apabila melihat leher Ali yang merah dan mempunyai kesan gigitan. Apa aku nak jawab ini fikir Ali, nak jujur atau nak bohong. Tapi aku nak bohong apa? Berbagai alasan yang Ali fikirkan namun tiada satu pun yang mampu dia katakana kerana Husna dengan beraninya menyentuh lehernya di depan semua orang.

Tangan sejuk Husna terus memegang lehernya, bukan itu sahaja Husna malah mendekat dan Ali boleh merasakan nafas Husna pada lehernya. Ali bergegas untuk bangun dan meminta izin pada Datuk dan Datin untuk pamitan.

"Saya balik dulu uncle, aunty. Hadi aku balik dulu. Assalamualaikum." Husna memandangnya dengan pelik. What is this boy problem bisik Husna dalam hati. Husna terus menjamah makanannya namun suapannya terhenti apabila tiga pasang memandangnya.

"What?" Tanya Husna dengan penuh tanda tanya. Aku ada buat salah ke tadi fikir Husna?

" You are so dangerous , Husna tak patut buat Ali macam tu." Kata Hadi kepada Husna yang kelihatan clueless. Datuk dan Datin pun bersetuju dengan kata-kata Hadi. You shouldn't do that dear kata ayahnya kepada Husna.

"I do nothing, I'm just having breakfast here."

"You bite him last night Husna, walaupun Ali didn't say anything I just know from that look on him." Kata Hadi kepada Husna. Aku gigit dia ke semalam? But how? Yaka aku yang gigit dia? fikir Husna dalam hati.

" Semalam Husna tidur mati Ali bangunkan macam mana sekali pun Husna tak bangun-bangun. So abang minta dia angkatkan Husna." Jelas Hadi dengan penuh teliti kepada Husna.

"Hus.... Al...." Husna terkedu dan tidak mampu mengatakan apa-apa.

"Buk, ini bajunya Pak Ali ketinggalan mahu simpan dimana ini buk?" tanya Bik Siti yang menyelamatkan keadaan Husna yang sudah tergagap.

"Bik, simpan dalam beg lepas itu hantar ke bilik saya ya." Kata Husna dan terus berlari ke biliknya. Oh! That interesting kata Hadi dalam hati. Dia terus menoleh ke arah ayah dan ibunya, yang juga merasakan sesuatu menarik akan terjadi dalam family mereka. This is interesting kata Hadi pada ibu dan ayahnya. Dia terus menoleh ke arah ayah dan ibunya, dan mereka bertiga pun ketawa bersama.

" Well, I think I need to call Ghai about this." Kata Datuk MIr Shah, Datin Khadijah pun mengangguk setuju dengan kata-kata suaminya. Well I think Abang Umar will not really pleasant about it monolog Hadi dalam hati.

   Pagi isnin pun tiba dengan cepat sekali, pagi ini Husna mengenakan dress labuh berwarna kuning digayakan juga dengan wedge yang bersesuaian. Hari ini dia harus menghadiri majlis selamat datang dan hari 'pertama' dia bertugas di hospital barunya.

Mir Hadi menghantarnya ke hospital kerana Husna tidak berminat untuk membawa kenderaan atas sebab tertentu. Husna terbiasa menaiki teksi dan kereta api bawah tanah ketika dia berada di London. Dulu Aditya yang selalu menghantarnya ke kolej ataupun hospital kini digantikan pula dengan abangnya. Perkara kecil seperti ini membuatkan dia mula teringat akan arwah tunangnya itu.

Setibanya Husna di hospital dia terus bergegas ke pejabat dan mengemas apa yang patut. G'day Rissa katanya pada Rissa yang sudah tiba di pejabat lebih awal darinya. Morning Husna jawab Rissa dengan senyuman. Sudah menjadi rutinnya untuk sentiasa mengemas dan memastikan jadual mingguannya teratur.

"Morning all the beautiful people in the world!" Jerit Halim dengan penuh ghairah pada hari Isnin yang biasanya payah bagi kebanyakan orang. Wah kata Husna now this is my spirit animal. Boleh cepat penat aku kalau nak kena kerja dengan dia ni. Dr Halim mula memberikan kopi untuk semua dan memberikan cappuccino kepada Husna.

"Oh, I don't drink coffee, I just drink tea. Sorry." Ucap Husna seraya menolak minuman yang dibeli oleh Halim. Halim terus mengatakan tidak apa dan mengatakan dirinya bertuah sebab boleh minum dua kopi pagi ini. Namun datang seorang doktor yang tidak pernah dilihat oleh Husna dan mengambil minuman tersebut dari Halim. Sambil mengangkat kopi di tangannya dia menyebut namanya Kamal, HO sama seperti Halim.

Tiba-tiba pintu pejabat mereka diketuk dan Ali menjengukkan kepalanya. Morning everyone katanya dan terus berjalan menuju ke arah meja Husna dan memberi cup kepada Husna. 'Green tea' tertulis pada cup yang diberikan kepada Husna. Husna terus tersenyum dan berterima kasih kepadanya. Ali always know what the best drink and food for me, bisik Husna dalam hati. Ketika Ali ingin berlalu Husna memanggilnya.

"Ali, baju kau yang tinggal kat rumah." Katanya dan terus memberi beg kepada Ali.

"Oh, ingatkan nak pergi rumah Husna petang ini nak ambil baju yang tertinggal hari itu. By the way thank for bringing this. Jangan lupa majlis nanti, datang ya semua." Ali pun berlalu dan semua kakitangan di dalam pejabat ketika itu sedang terkejut melihat babak 'sweet' di depan mereka. Siapa sangka Dr.Right Prince court sedang flirting di depan mereka. Rissa yang masih ternganga mula menutup mulutnya dan memmberi senyuman penuh makna kepada Husna. Melihat reaksi rakan sekerja barunya yang begitu Husna membuat keputusan untuk berterus terang.

" He is just an old friend. I dengan Ali dah kenal dari kecil lagi plus he is my brother best friend. Okay guy?"

"So no heart feeling la ini ?" tanya Rissa dengan yang mula mengusik.

"Never ever." Jawab Husna dengan yakin sekali. Walaupun ada hati kecilnya yang bertanya betul ke never ever?

Mir HusnaWhere stories live. Discover now