Bab 15

92 0 0
                                    

Umar masih memandang Husna dan Ali bersilih ganti, dahinya berkerut memikirkan apa yang telah terjadi tadi. Umar dan Ozgur mula memeluk tubuh dan saling berpandangan satu sama lain. Mata memainkan peranan di antara mereka. Husna yang di peluk oleh Ali hanya mampu berdiri kaku dan dia sedang berfikiran bagaimana dia harus menjelaskan kepada abangnya dan Ozgur. Tanpa menjelaskan apa-apa Ali terus berlalu malah dia sempat senyum dengan bangga kearah Umar dan Ozgur dan ini membuatkan mereka mengigit bibir masing-masing.

Melihat abangnya dan Ozgur memerhatikan Ali, Husna terus dengan perlahan mengundurkan diri dengan niat untuk lari daripada mereka. Namun belum sempat Husna berlari kearah Rissa, baju kot dia telah ditarik oleh Umar . Husna mula menjerit dan tangannya mula terkapai-kapai dan matanya memandang Rissa meminta untuk diselamatkan.

"Office, the both of you." Kata Umar sambil tangan kirinya menarik telinga Ozgur. Husna dan Ozgur menjerit kesakitan diheret oleh Umar ke dalam lif. Argh!! jeritan Husna dan Ozgur membuatkan orang sekeliling memandang mereka namun tiada yang mampu berbuat apa-apa. Nurissa yang melihat segalanya menutup mulutnya yang terlopong dengan apa yang terjadi. Dia memegang kepalanya, menghadam apa yang terjadi. W- wh-what is happening? This is so shocking, one guy want to hug Husna and then Dr Ali peluk dia lepas itu Encik Umar heret dia ke office and now Encik Umar heret Husna ke pejabat dia? Rissa hanya mampu menggelengkan kepalanya dan terus berjalan ke departmentnya.

 Setibanya di pejabat Encik Umar, Husna ingin berlari terus namun Umar dan Ozgur yang berada di sebelah kiri dan kanannnya membuatkan dia seperti sandwich membuatkan dia membatalkan niatnya dan mula duduk di sofa. Ozgur juga turut melabuhkan punggungnya di sofa bertentangan dan Umar di tengah-tengah mereka.

"Care to explain?" tanya Umar kepada Husna dan Ozgur pun menggangguk sambil memeluk badannnya dan terus memandang Husna, menunggukan jawapan. Husna mula merasakan tekaknya hampir kering kerana dia asyik menelan air liurnya dari tadi.

"What?" Tanya Husna walaupun dia tahu apa yang ditanyakan abangnya.

"Kura-kura dalam perahu, pura-pura tak tahu." Ozgur mula berpantun dengan Husna. Itulah satu-satunya pantun yang diketahui oleh Ozgur.

" Pak Badul makan tauhu, betullah tak tahu." Jawab Husna pula dengan selamba. Belum sempat Ozgur ingin membalas pantun Husna, dengan tiba-tiba Umar berdehem dan mula bersandar pada kerusinya. Ozgur membuat aksi menzipkan mulut menandakan dia akan diam. This is the dominat Umar Jaspar! I better be quiet kata Ozgur dalam hati.

"Umairah Zhafira Bakshi, say it or I make him say it." Husna menelan untuk kali ke entah berapa kalinya air liurnya kerana dia tahu this is my dominat brother not the everday loving brother . 'Dia sebut nama penuh aku, this is the worse, mesti Abi marah tahap dewa sekarang ini,' kata Husna dalam hati dia lalu mengigit kukunya menandakan dia cemas dengan soalan abangnya.

"It a reflex, dia tengok Oz nak peluk Husna, so dia terus peluk Husna. He just want to protect me from Oz." Itulah satu-satunya jawapan yang boleh difikirkan oleh Husna ketika itu. Melihat abangnya mula mengangguk Husna terus menarik nafas lega, yang penting Abi tidak menanyakan banyak pertanyaan berkaitan dengan Ali.

"That it Umar? That ALL? WOW! A guy just hug Husna and that ALL you ask ?!" tanya Ozgur yang sudah berdiri dek kerana merasa tidak puas hati dengan pertanyaan Umar terhadap Husna.

"Shut up." Kata Husna yang menjeling kepada Ozgur.

" I'm your brother okay."

" Please lah kau tu cuma tua 5 bulan saja dari aku, plus you call me kakak earlier. Remember wizard! And why are you even here?" marah Husna pada Ozgur.

" Dia kerja sini, IT technician." Jelas Umar dengan bersahaja bangun dan mula membuka dokumen pada mejanya. Tanpa menghiraukan dua orang budak yang ingin berperang dihadapannya.

" Why here? He can work at any places all around the world, why Malaysia?" Husna mula mencebik tanpa protes kepada abangnya.

" Speak for yourself lady, you are one of London best surgeon and yet here you are." Ozgur menuturkan sindirannya dengan senyuman sinis dan ini membuatkan Husna mula menjelingnya. Dia ini memang saja nak sakitkan hati aku. Belum sempat Husna ingin membalas sindiran Ozgur , telefonnya telah berbunyi menandakan dia ada kes.

Ketika di depan pejabat Abinya, Husna sempat berpesan tentang kedatangan ayah mereka pada Jumaat nanti." Jangan lupa ambil Baba nanti, and make sure he arrive at home SAFE." Husna menekankan perkataan SAFE kepada mereka berdua dan membuatkan dahi Ozgur berkerut.

"Did she just give warning to us?" tanya Ozgur sambil melihat Umar untuk meminta kepastian.

"The old Husna is back, why did Q say 'she' is back?" Suasana di pejabat Umar terus menjadi berat dan raut muka mereka berdua mula menjadi sejuk, sesiapa sahaja yang masuk kedalam pejabat Umar ketika ini mesti merasakan bilik tersebut telah turun suhu dengan sangat mendadak.

" She did come but somehow dia menjadi okay lepas dia jumpa dengan budak Ali tu, He might be the trigger, and I want you to look for it. I don't want to lost my baby sister again Oz." Umar terus termenung memandang ke depan dan Ozgur menyandarkan kepalanya pada sofa dan memandang kosong kearah siling dia hanya menjawab dalam hati. Aku pun tak nak hilang Husna , aku tak sanggup lagi kehilangan ahli keluarga cukuplah Aditya seorang. 


Mir HusnaWhere stories live. Discover now