Bab 7

102 0 0
                                    


       Husna akhirnya berjaya meloloskan dirinya daripada majlis yang boleh membuat dia merasa lemas. Ketika sedang berlari ke arah taman berdekatan dan dia terlihat Ali yang duduk berseorang, Husna mulai mempunyai idea untuk menyakat Ali. Husna berjalan perlahan-lahaan kea rah Ali dan menutup matanya dengan tangan.

"Guess who?" katanya pada Ali yang terkejut namun, Ali tidak menjawab persoalan dia malah memegang tangan Husna dan hanya senyum. Ali mengetahui Husna yang menutup matanya daripada wangian yang dipakainya.

"Kenapa keluar, did your phobia came back ?" tanya Ali kepada Husna yang mulai berjalan dari arah belakang Ali dan duduk di sebelah Ali. Melihat Husna yang memakai dress yang agak nipis membuatkan Ali membuka jacketnya dan meletakkan jacket tersebut  pada paha Husna.

"Why are you wearing such thin dress Husna?" marah Ali sambil membetulkan rambut Husna yang kusut akibat ribut.Husna tidak tahu kenapa, namun layanan Ali kepadanya membuatkan hatinya berdebar dengan kencang sekali. Bahkan ini bukan kali pertama dia merasakan kelainan daripada Ali. Ali yang sekarang sudah mulai mempunyai kumis kecil yang masih belum dicukur, berkemeja kemas, bertali leher malah berbau wangi seperti lelaki macho. Jauh sekali dengan Ali yang berusia 17 tahun dulu.

" Ali, why are you still single?" tanya Husna dengan tiba-tiba. Ali hampir tersedak air liurnya sendiri dek kerana terkejut dengan pertanyaan Husna. Husna ketawa melihat gelagat Ali. Nope this is definitely my Ali. Wait 'my Ali' ? Why is it mine? Namun Husna tidak mengendahkan soalan hatinya, dia lebih tertarik dengan jawapan Ali.

" Where is that come from?" Ali ingin mengelak namun Husna terus memandang Ali seperti ingin dia menjawab soalan daripadanya. Ali mula meminum air yang dibawanya dari dewan, dan dengan beraninya dia membuat keputusan untuk meluahkan apa yang dirasakannya selama berbelas tahun. Maybe it time katanya dalam hati.

" Ali tunggu Husna. I'm waiting for you to be ready to fall in love again, I'm waiting for you because all I ever wanted is you. I'm waiting for you because all I ever pray from God is you. I know you will be shocked after listen to what I just say now, but demi Allah, Husna I love no one except from you. In every prayer of mine I only want you. You can think about it, because I will be waiting, after all I have been wait for 13 year for you." Ali terus menyentuh pipi Husna dan berlalu masuk ke dalam bangunan hospital. Husna menarik nafasnya kerana selama Ali meluahkan segalanya dia seperti lupa untuk bernafas. Dia menutup mulutnya untuk bernafas lebih baik dan secara tiba-tiba air matanya menitis. Hanya satu patah perkataan sahaja yang bermainan di mindanya ketika itu , ADIT.

Setelah sekian lama duduk di bangku tersebut sambil memikirkan apa yang dikatakan oleh Ali, Husna dikejutkan oleh nada deringan telefonnya. Pemanggilnya ialah Halim, mesti ada sesuatu yang terjadi katanya.

"Helo, Husna speaking."

" Helo, doktor ada kemalangan di depan traffic light 10 patient akan dihantar ke hospital kita." Jelas Halim kepada Husna. Tanpa berlengah Husna terus berlari ke arah bangunan hospital dan menukar bajunya kepada scrub suits. Dia terus bergegas ke ruangan kecemasan.

Ketika berada disana , Nurissa dan yang lain pun sudah menunggu.,begitu juga dengan Ali dengan Sharmila. Sharmila mula tersenyum melihatnya dan terus memeluk Husna. Sharmila merupakan sahabatnya ketika Sharmila menjadi exchange student di London.

"Datang saja kau, kita dah dikejutkan dengan MVA ( motor vehicle accident), now that an entrance Husna." Kata Sharmila sambil menepuk bahunya. Husna hanya menjawab dengan senyuman dan mengajaknya makan tengah hari sekali nanti.Dia sempat menjeling ke arah Ali yang berdiri bersahaja di sebelah Sharmila.  Since when dia ini mula kacak kat mata aku? kata Husna dalam hati, dia terus menolak fikiran tersebut dan mula menarik nafas untuk tenang.Bunyi siren ambulan pun tiba , mereka terus berlari ke arah pesakit. 

" BP 80/60, unconscious." Kata paramedik kepada Husna. Husna terus memeriksa nadi pesakit dan menanyakan nama pesakit. Itu merupakan procedure pertama bagi mengetahui tahap kesedaran pesakit.

"Encik, Encik boleh saya tahu nama Encik? Encik tahu tak Encik ada kat mana sekarang ini?" kelihat keadaan pesakit yang tidak memberi reaksi Husna terus memberi arahan kepada Halim.

" Patient arrest, do CPR and I need epinephrine for him." Kata Husna kepada jururawat yang datang bersama Halim. Husna terus ke pesakit yang seterusnya dan mulai menanyakan nama pesakit seperti yang dilakukannya tadi.

"Head injury, Ali come here." Jerit Husna kepada Ali dan Ali bergegas ke arah Husna untuk memeriksa keadaan pesakit.

"Get Xray and CT, and put IV line on him." Kata Ali kepada Dr Sharmila, dan Husna pula bergegas ke arah pesakit seterusnya.

"BP 95/50, Heart rate 220." Jelas paramedik kepada Husna dan Husna terus menanyakan nama pesakit seperti yang sepatutnya. Namun pesakit tidak memberi respon, Husna terus memerhatikan tulang paha pesakit yang telah terkeluar dari isinya. 

"Femoral open fracture, pelvis pun macam broken, buat xray pelvic dan femur and the CT also, terus call saya bila patient ada hemorrhage (pendarahan dalaman). Clean the wound." Kata Husna kepada Nurissa yang juga berdekatan.

Keadaan yang sibuk menyebabkan semua doktor mula sibuk dengan pesakit kemalangan dan kurang memberi perhatian kepada pesakit luar yang menunggu dari tadi. Ada seorang gadis bersama ayahnya sudah menunggu lebih dari 2 jam untuk menerima rawatan daripada doktor yang terlibat. Si ayah kelihatan sangat lemah dan hampir tidak sedarkan diri.

" Doktor kami datang dulu, tolonglah periksa ayah saya dahulu, dia tengah sakit sangat itu." Kata si anak kepada Dr Kamal. Namun Dr. Kamal terlampau sibuk dan dengan keadaan yang ingin cepat Dr. Kamal pun mencuri waktu untuk memeriksa ayahnya. Dr. Kamal mendengar dengupan jantungnya dengan menggunakan stethoscope dan memeriksa keadaan ayahnya. Si anak pun menerangkan ayahnya kerap sesak nafas, dia tidak tidur selama dua malam ini, kerap ke tandas dan kelihatan sangat letih walaupun ayahnya tidak berkerja.

" Dia ada ambil apa-apa ubat tak?" tanya Dr Kamal kepada si anak dan dia menjelaskan ayahnya hanya mengambil ubat darah tinggi 2 kali sehari. Bunyi macam pneumothorax (ada air di antara paru-paru dan dinding dada) agak Kamal, namun kerana ingin cepat dia menuliskan borang xray dan meminta si anak untuk membawa ayahnya ke bilik xray.

" Cik bawa ayah cik untuk ambil xray dulu, nanti lepas ambil xray doktor kat dalam itu akan check lagi." Kata Kamal sambil menunjukkan ke arah bilik di yang berada di sebelah kanan mereka. Namun baru sahaja tiga langkah anak beranak itu berjalan si ayah telah pengsan. Mengejutkan semua doktor yang berada di ruangan kecemasan tersebut. Husna dengan cepat meminta Nurissa untuk take over kerjanya dan membuka sarung tangannya. Dia merampas stethoscope Kamal yang masih lagi terkejut dengan kejadian tersebut.

"Arrest, ambil defibrillator kata Husna kepada salah seorang berdekatan. Kamal CPR." Kata Husna sambil memasukkan sarung tangan yang baru , namun Kamal tidak berganjak dari tempatnya.

"KAMAL!" jerit Husna dan Dr Kamal mula sedar dari lamunannya dan terus melakukan CPR ke atas pesakit tersebut. Jururawat yang mengambil AED pun telah tiba dan Husna meletakkan gel pada sensor tersebut.

" Move, charges 200 joules." Tegas sekali kata-kata Husna pada Kamal.

" One more." Kata Husna dan dia terus mengambil stethoscope kembali untuk mendengar detak jantung pesakit.

" Jantung dia dah kembali, I need an OT room immediately. It myocardial infarction and heart failure, call the anes" kata Husna kepada jururawat berkenanan dan dia memandang Kamal yang masih lagi terkesan dengan kejadian yang jadi. You, assist me. Husna pun berlalu ke arah Nurissa dan menjelaskan apa yang terjadi. I hope you can you can do it tapi kalau ada apa-apa yang jadi call me immediately.

Mir HusnaWhere stories live. Discover now