Bab 8

93 0 0
                                    

Dalam dewan pembedahan tersebut, Kamal menunggu dengan resah akan kedatangan Dr Husna. Berjuta andaian dalam fikiran dia, Dr Husna nak marah aku ke? Gaya macam nak makan aku tadi. Matilah aku lepas ini mesti akan sentiasa kena cari salah lepas ini, keluhan Kamal dalam hati dan masih dengan sabar menunggu kedatangan Dr Husna. Husna memasuki ruangan bedah lalu meminta sarung tangan saiz 6 kepada scrub nurse.

"Brief." Kata-kata Husna bergema dalam bilik bedah, kakitangan yang lain merasakan kelainan pada nada Dr Husna, bunyi seperti tegas namun ada karismanya tersendiri. Mereka mulai memerhatikan Dr Kamal yang terlihat agak gugup dan seperti ayam yang tercekik.

" Patient male age 56 year old with myocardial infarction and heart failure. Lead surgeon Dr Mir Husna, first assistance Dr Kamal Ahmad, scrub nurse Miss Shuhada. " Dengan penuh berhati-hati Kamal menuturkan katanya dan dia mulai menarik nafas panjang sekali, dengan harapan Dr Husna tidak memarahinya. Tetapi Dr Husna tidak mengatakan apa-apa dan terus melalukan pembedahan.

"Knife." Pintanya pada scrub nurse.

"Bovie." Jantung pesakit sudah kelihatan ketika itu namun yang lebih mengejutkan pada ketika itu langsung tiada darah pada badan mangsa. Anesthesiologist yang berada dalam bilik tersebut mulai panik dan terus melihat keadaan vital pesakit namun semuanya pada paras normal. Ada lagi nadi tapi kenapa tak ada darah, what is this? It like doing operation on a corpse. It either the surgeon is a monster or the patient is the one that are monster. Melihat anesthesiologist yang kebingungan dan Dr Husna yang tidak mengendahkan apa-apa selain daripada pesakit menyebabkan Kamal mula merasakan dirinya sesak nafas.

" Retractor." Kata Husna kepada Kamal namun scrub nurse terus memberikan alatan tersebut kepada Dr Husna, Husna pula seperti menunggu Kamal untuk memberinya retractor.

" Dr Kamal Ahmad, retractor!" Suara tegas Husna mulai memenuhi ruangan bilik bedah. Kakitangan yang lain mulai merasakan kedinginan pada nada Dr Husna, gaya macam ada yang kena maki ini nanti. Dr Kamal mulai mengambil retractor dari tangan scrub nurse dan seperti kembali ke dunia nyata, namun hanya Tuhan yang tahu betapa dia merasa seperti menelan pisau ketika melihat pandangan mata Dr Husna yang dingin dan tajam.

" You know why I ask you to assist me here?" Tanya Husna setelah melihat Kamal yang kini mula berfungsi dengan normal. Oh mula dah dia, kata hati kakitangan yang lain.

" I'm so sorry doctor, I miss diagnosed patient and make a mistake." Husna tidak memberi response tangannya ligat melakukan pembedahan.

" What is the symptoms of myocardial infarction?" Tanya Husna kepada Kamal yang mula terpinga dengan soalan Dr Husna. Dia terus menjawab, SOB ( short of breath), chest pain always feel tired, nausea and feeling faint .

" Bila you check patient tadi, did the patient guardian tell you the details? " Husna terus menanyakan soalan tanpa memandang ke arah Kamal. Kamal terus terkedu dan mengeras, tangannya yang masih pada badan patient dan menghalang pandangan Husna membuatkan Husna memandangnya .

" Get off, you blocking my view." Ruangan yang sunyi dengan kesejukan yang mencengkam membuatkan tekak Kamal menjadi kering dan dia mula takut dengan cara Dr Husna memarahinya. I'm sorry doctor kata Kamal sambil menaikkan tangannya ke atas seperti pesalah.

" You know why we doctor study for years to become one? Sebab kita sekarang tengah bermain menjadi Tuhan. We are the only people in this world that have to be perfect all the time. Nak tahu sebab apa, because these heart will not beating again if we stop playing God. That kind of mistake will make lot of life dead and I will never let that happen. Do you understand it Kamal? I seek no mistake in my department. If you can't handle it please give me your resignation letter. " Husna menuturkan kata-katanya dengan lembut sekali namun bagi Kamal ia bagaikan belati yang terus dan berterusan menusuk ke dalam hatinya.

"It will never happen again doctor. I'm so sorry for what happened." Kamal terus meminta maaf atas kesilapannya yang boleh membuatkan kematian pesakit sekaligus boleh membuatkan hospital disaman atas kesalahannya. Namun Husna tidak menjawab, malah sepanjang pembedahan tersebut dia membuatkan Dr Kamal rasa seperti halimunan. Kamal merasakan semalamlah kali terakhir dia melihat senyuman Dr Husna kepadanya, hari-harinya yang akan datang kelihatan gelap sekali.

Setelah habis pembedahan Husna menunggu Kamal dan apabila melihat Kamal sudah selesai menjahit luka pesakit dia mulai berlalu dan berdiri disebelah Kamal. Minta maaf pada penjaga pesakit and notify me patient vital every 4 hours don't go home without give me a full report itu denda awak. Husna pun berjalan keluar dari bilik persalinan dan mula menelefon Sharmila untuk mengajaknya makan tengah hari seperti yang dijanjikan mereka tadi.

" Aku tunggu kau kat cafeteria. Jangan lambat tau aku lapar." Kata Dr Sharmila dengan nada marah.

"  Aku pun lapar ini, sabarlah kalau ya pun." Husna pun menjawab dengan nada yang sama. Setelah berhempas pulas dalam bilik bedah tadi sememangnya perut dia minta diisi dengan makanan. Husna pun bergegas ke arah cafeteria dan dia melihat Sharmila dan Nurissa melambaikan tangan ke arahnya.

Dengan membawa tray makanan ke arah mereka Husna mulai melabuhkan punggungnya dan tempat duduk dan terus menarik nafasnya dengan panjang sekali.
Sharmila terus berpaling dan menanyakan kenapa kepada Husna.

" Kau kenapa mengeluh panjang sangat?"

" Rissa dengar dari nurse kat OT tadi, teruk Kamal kena marah dengan Husna. Husna mengeluh pasal itu ke? " Nurissa pun ingin tahu kenapa Husna mengeluh dengan panjang sekali.

" Baru datang dah goreng junior." Sharmila terus menunjukkan ibu jari menandakan bagus kepada Husna, dan dia gelak kecil apabila Husna menjelingnya dan mula mengeluh lagi sekali.

" Mana ada aku marah dia, aku mengeluh sebab lauk ini ha, sayur pokok ini banyak sangat, sudahlah tak sedap." Husna mula mengasingkan broccoli daripada lauknya dan terus menyuapkan nasi. Sharmila hanya menggelengkan kepalanya kerana sudah maklum dengan Husna yang tidak suka dengan sayur broccoli.

" Tapi Rissa dengar Husna betul-betul marah dengan Kamal tadi. " Nurissa masih mengatakan statement yang sama dari tadi. Ini membuatkan Husna mula memandangnya dan berhenti menyuap nasi.

" I just denda dia suruh buat report kalau tak siap jangan balik. Lagipun apa dia buat kat ER ( emergency room) tadi menang tak boleh dimaafkan. Sudahlah dia misdiagnosed patient condition, dia ketakutan pula tu,kat OT tadi pun dia sempat termenung. Memang I marah tapi, taklah sampai maki dia. " Jelas Husna yang hilang selera makan dan terus meminum air sirapnya. Nurissa dan Sharmila pun mengangguk dan mengerti kenapa Husna memarahi Kamal sedemikian, itu pun untuk kesenangan dia di kedepan harinya.

" By the way the 3 of us is the same age right?" Tanya dengan Sharmila kepada Husna dan Nurissa yang mula mengangguk dan Husna menanyakan kenapa pada Sharmila.

" How come kita ini sama umur but you can handle the surgery by your own?" Tanya Sharmila dengan penuh tanda tanya kepada Husna. Nurissa hanya senyum dan Husna terus menjeling Sharmila dan mencubit bahunya.

" Kau lupa ke kau buat-buat lupa? Aku kan lompat kelas, aku jumpa kau dulu masa aku year 3 kau year 1. Aduh dia ini penyakit blur kau datang balik ke? " Husna mula memandangnya dengan penuh tak percaya. Sharmila terus senyum tersengih-sengih dan tiba-tiba dia melambai ke arah seseorang.

Nurissa dan Husna pun berpaling dan mereka melihat Dr Ali Asaf dan Dr Wong yang sedang mencari tempat duduk. Husna terus gelisah dan jantungnya mula tidak keruan melihat Dr Ali Asaf yang terus berjalan menuju ke arah mereka.

Tolong jangan duduk sebelah aku, tolong jangan duduk sebelah aku, tolonglah jangan.. Tolonglah Ya Tuhan.. Husna membuka mata dan melihat Ali betul-betul depan matanya. Nurissa berpindah tempat dan duduk di sebelah Husna membuatkan Husna duduk di tengah-tengah Sharmila dan Nurissa. This is far more worse than seating besides me kata Husna dalam hati.

Mir HusnaWhere stories live. Discover now