Bab 14

96 1 0
                                    


Husna hanya senyum mendengar apa yang dikatakan Sharmila namun bagi Ali itu bagai petanda mautnya hampir tiba. Andai sahaja Hadi pun melihat mereka berdua seperti itu tadi mesti mereka telah disiasat oleh Hadi. Ali terus melepaskan kakinya dari kaki Husna dan dia terus membetulkan bajunya yang tidak berkedut.

"Morning Sha, morning Rissa." Kata Husna dan menendang kaki Ali, dia tahu Ali sebenarnya ingin menjauhkan diri daripada dia. Dia dapat merasakan bahawa Ali tidak ingin orang mengetahui tentang hubungan mereka. Sharmila terus duduk di sebelah Ali manakala Nurissa pula memilih untuk bersebelahan dengan Husna.

"Husna ada surgery pagi inikan?" tanya Nurissa sambil menghirup kopinya.

"Yup, I just finish."

" In just 40 minutes?" tanya Nurissa kembali kepada Husna yang sedang menikmati Iced Green Tea yang penuh krim dan sejuk. Husna hanya mengangguk dan jawapan Husna membuatkan Ali,Nurissa dan Sharmila ternganga. Melihat reaksi yang sebegitu membuatkan Husna berhenti meminum airnya dan memerhatikan wajah mereka satu-persatu.

" Guys, it just a simple procedure. Tak ada yang wow sangat sampai kau orang ternganga." Mereka terus menutup mulut dan Sharmila mula bertepuk tangan. As expect for genius Husna.

"No wonder Dr Wong nak kau jadi ketua gantikan dia, you are just so awesome. Tak macam aku ini, buat operation biasa pun kena ada orang observe." Sharmila pun mengeluh dan mula bersandar pada kerusinya.

"Meanwhile aku pula masih lagi struggle sama ada nak teruskan dalam cardio atau pindah ke department lain." Nurissa juga turut mengeluh dan meletakkan kepalanya pada meja. Penatnya shif 24 jamnya belum lagi habis.

"Well both of you guys boss are here, you can just ask any of us." Kata Ali sambil memberi tisu kepada Nurissa kerana kepalanya berbekas akibat daripda kotoran pada meja mereka. Namun tindakan Ali membuatkan Husna menjelingnya, dan Ali boleh merasakan udara disekelilingnya terasa sejuk. Ali hanya menelan air liur melihat Husna yang mengecilkan mata kepadanya.

"Ah..ahh..Ahhhhh..." Jerita Sharmila sampai 3 octave.

"Kau kenapa?" tanya Husna yang terkejut dengan jeritan Sharmil. Dahlah aku sakit hati tengok Ali yang tetiba prihatin dengan Rissa dia pula menjerit tak tentu pasal, masalah betullah kawan aku ini bentak Husna dalam hatinya.

"De."

"Kenapa dengan De?" tanya Husna dan Rissa dengan serentak.

"De nak cari bodyguard lepas rumah dia kena rompak hari itu, Kak Bella pula rasa lebih selamat kalau dia ada bodyguard. De ada minta tolong aku cari tapi aku lupa." Sharmila mula mengaru kepalanya yang tidak gatal dan memandang Nurissa untuk meminta tolong.

"Rissa mana ada kenal mana-mana pengawal peribadi, De pun ada bagitahu hari itu tapi Rissa pun tak boleh tolong apa-apa." Kata Nurissa sambil mengelipkan matanya berkali-kali tanda minta maaf kepada Sharmila.

"Argh!" Sharmila bertindak menarik rambutnya dengan kasar sekali dan mengeluh untuk kesekian kalinya. Ali mula mendekatkan air kepada Sharmila dan Husna hanya berdiam, dia senyum sambil meminum airnya, ini bermaksud infomasi yang diberi oleh Lucky adalah sahih dan mereka boleh memulakan operasi mereka.

"Oh ya, semalam aku ada terjumpa name card ini kat rumah. It a private agency for bodyguard, kau nak?" tanya Husna kepada Sharmila yang matanya sudah bersinar melihat Husna yang mula memberikan kad kepadanya. Atas kad tersebut ada tertulis nama Qaiser Hamzah dan BODYGUARD padanya.

"Qaiser Hamzah, nama macam kacak. Kau rasa handsome tak dia ini?" Tanya Sharmila pada Husna. Husna senyum dengan penuh makna ini membuatkan Nurissa dan Sharmila juga turut tersenyum sama.

" Dia kawan abang aku, for me personally he look 8 out of 10." Sharmila terus menutup  mulutnya dan matanya masih berkelip-kelip memandang Husna.

"If Mir Husna say he is 8 out of 10 that mean laki ini 12 out of 10." Sharmila terus bangun dan berlari meninggalkan mereka. Mereka bertiga terpinga-pinga melihat Sharmila yang berlari lingtang pukang. Husna hanya mampu menggelengkan kepalanya, 8 tahun kenal dengan Sharmila namun dia masih tidak mampu memahami fikiran sahabatnya itu.

"What is that suppose mean? Kalau lelaki itu 8 out of 10, Ali? Berapa per sepuluh?" Husna memandang Ali seketika dan menunjukkan jari 3 kepadanya.

"WHAT!! 3 je? Miss Mir Husna I'm one of the most hottest bachelor kat hospital ini tau, you give me 3?" marah Ali sambil tangannya menunjukkan 3 jari dan dia menggelengkan kepalanya tanda tidak puas hati.

"Now that is definitely a 10." Husna memandang ke arah pintu utama café dan dia mula melambai kepada Umar Jaspar. Nurissa dan Ali juga turut memandang kearah pintu dan tanpa sedar Nurissa juga tutur mengangguk.

"Absolute 10." Kata Nurissa sambil mengigit bibirnya apabila melihat Umar Jaspar senyum kearah mereka. Ali mula berdeham dan meneguk kopinya dengan rakus sekali, dia terus menendang kaki Husna dan ini membuatkan Husna terkejut lalu menanyakan kenapa kepada Ali dengan isyarat kepala.

Umar mula berjalan menuju ke meja mereka bertiga dan dengan nada perlahan Nurissa menyebut sesuatu yang membuatkan Husna mengerutkan dahinya.

" Rugilah Sha balik awal, dia tak dapat tengok duda pujaan Malaya dia." Tutur Nurissa dengan perlahan namun Husna yang mendengar menunjukkan muka pelik. Sha minat Abi Umar ke? That very unexpected for Shasha personality.

"Aren't the three of you suppose to work now?" Walaupun Umar senyum menutur ayat tersebut namun mereka bertiga dapat merasakan ketegasan pada suara Umar. Mereka bertiga mula tersengih dan mereka berempat mula berjalan berdampingan untuk ke bangunan hospital.

Husna dan Nurissa mula menuju ke arah department Cardio yang berada di kanan manakala Ali dan Umar mula bergerak ke kiri dan tengah bangunan. Secara tiba-tiba suara garau memecah ruangan hospital yang sibuk.

"Husna!" jerit suara tersebut dan Husna mula memusingkan badannya ke arah suara. Lelaki tersebut berlari ingin memeluk Husna dan Husna juga mula berlari ke arahnya. Entah bagaimana Ali dengan cepat memeluk Husna dan lelaki tersebut ditonjol kepala oleh Umar.

"Ozgur! Stop right there and don't come near Husna."  Kata Umar sambil tangannya masih pada kepala Ozgur. Ozgur mula mencebik dan terus memeluk badannya.

" Encik Umar tak adil kenapa lelaki itu boleh peluk Husna, saya tak boleh pula." Kata Ozgur sambil menunjukkan Ali dan Husna yang berpelukan. Umar mula memandang Ali dan Husna dengan pandangan yang penuh tanda tanya dan bukan Umar sahaja yang pelik, Nurissa yang dari tadi melihat apa yang terjadi juga kebingunggan.

Ali yang sedang memeluk Husna mula melepaskan pelukan dan dia mula mengaru kepalanya yang tidak gatal. Namun dia hanya senyum dan berlalu pergi tanpa menjelaskan apa-apa.



Mir HusnaWhere stories live. Discover now