Bab 12

92 0 0
                                    

Setelah bergelar doktor 8 tahun yang lalu inilah kali pertama Husna terkaku di depan pesakit. Wajah Ali yang pucat lesi dengan kakitangan hospital yang berkejaran kesana kesini, Sharmila dan doktor yang lainnya bergegas memeriksa keadaan Ali namun Husna hanya berdiri dan memandang dengan pandangan kosong. Husna melangkah perlahan ke arah katil Ali dan tanpa menghiraukan kegelisahan yang lain, dia terus menggenggam tangan Ali.

" He just dehydrated, after this one pint of normal saline dia akan okay. But he must out of OT room for 2 weeks do talk to him about this." Doktor kecemasan tersebut menulis sesuatu pada chartnya sambil memberi penerangan kepada Sharmila dan yang lain. Namun sebelum berlalu dia sempat melihat ke arah Husna yang masih lagi memegang tangan Ali. Well I know nothing about love, but that girl definitely love Ali, katanya dalam hati dan berlalu untuk memeriksa pesakit yang lain.

Sharmila dan HO yang lain mula menarik nafas lega dan mereka mula berlalu dari ruangan kecemasan tersebut tinggal hanya Sharmila dan Husna. Sharmila memerhatikan Husna yang dari tadi tidak berganjak dan bersuara, dia hanya memegang tangan Ali. Kenapa dengan Husna ini? Risau sangat ke? Namun belum sempat dia ingin bertanya kenapa Husna tidak bersuara dia ditarik oleh Nurissa yang baru saja sampai.

"Shush! Sha jangan kacau Husna, biar dia jaga Dr Ali." Kata Nurissa dengan nada berbisik sambil menutup mulut Sharmila. Sharmila hanya mengangguk kebingungan dan masih tidak mengerti kenapa mereka perlu berbisik.

Ali bangun dari tidurnya dan memegang kepalanya yang sakit. Melihat tangan kanannya yang kini dimasukkan jarum membuatkan Ali mengeluh dan dia mula duduk di katil sambil memerhatikan sekeliling. Dia terpandang sebiji epal dengan nota di atasnya. Ali lalu mengambil nota tersebut dan membaca perkataan pada nota tersebut. Sorry.

Ali disuruh balik oleh doktor pada ruangan kecemasan namun dia ingin menenangkan fikiran dan mula melangkah perlahan ke tingkat paling atas hospital. Ali mempunyai kunci pintu untuk rooftop tersebut dan tidak banyak yang tahu di atas bangunan hospital tersebut ada ruangan yang disediakan khas untuk menenangkan fikiran.

Ali mula mengeluarkan nota pada poketnya dan memikirkan siapa yang memberinya nota tersebut namun dia mula teringatkan sesuatu. Tulisan pada nota tersebut seperti tulisan Husna dan dia mula menyimpan nota itu kembali. Tak mungkinlah dia nak minta maaf, Husna bukan jenis yang mudah menyebutkan maaf. Dia terus memandang ke arah matahari yang terbenam dan memikirkan apa yang patut dia lakukan untuk melupakan Husna.

Kalau aku tetap macam ini bukan hati aku saja yang tak tahan, dengan badan aku sekali tak boleh keep up. Maybe it time to move on, maybe not bisik Ali dalam hati sambil mengelengkan kepalanya. Not in million year aku boleh move on, the moment aku give up is the moment dia dah sah menjadi hak orang lain.

Lamunan Ali terhenti dengan deringan telefon nama Husna tertera pada skrin telefonnya.

"Helo."

"Where are you, are you aware that you are sick? Are you out of your mind?" Husna menjerit marah pada Ali dan akibat terlalu terkejut dengan jeritan Husna, Ali melarikan telefon dari telinganya. Kenapa pula nak jerit-jerit marah aku ini, bentak Ali di dalam hatinya.

"Astaga, kenapa nak marah Ali pula ini. Ali kat rooftop ni.." Belum habis aku cakap dia dah padam, kurang hasam betul budak ini nasiblah aku sayang kau, kalau orang lain memang aku maki.

Husna berlari ke arah bangunan bersebelahan, dia terus menuju ke arah tangga kecemesan dan dengan sekuat hati berlari ke tingkat atas bangunan. Setibanya dia tangga terakhir dia terus membuka pintu dan mula mencari sosok Ali. Dengan nafas yang tercunggap-cunggap dia berjalan perlahan ke arah Ali yang memandangnya dengan penuh kehairanan.

Hanya 2 langkah yang memisahkan mereka, Husna terus menyentuh dahi Ali untuk memeriksa suhu Ali dan memegang pipinya dengan kedua belah tangannya. Lama dia menenung mata Ali, oleh kerana terlalu tekejut dengan perilaku Husna, Ali mengangkat kedua belah tangannya seperti pesalah. Husna mula menarik nafas dan menendang kaki Ali.

"Argh!" jerit Ali kesakitan dan dia mula menjauh dari Husna dan memegang kakinya yang kesakitan.

"What the hell? What is that for? Sakit tau tak." Marah Ali kepada Husna yang memandangnya dengan pandangan seperti ingin menangis. Ali terus berhenti memegang kakinya dan mula menghampiri Husna namun dia takut Husna memukulnya lagi jadi dia berhenti seketika. Namun Husna kembali melangkah ke arahnya dan memeluknya. Husna menangis di bahu Ali dan membuatkan Ali kebingungan.

Aku yang kena pukul kenapa dia pula yang menangis . Namun Ali terus memeluknya kembali untuk menenangkan Husna yang menangis teresak-esak. Dia mengusap rambut Husna dan meletakkan dagunya atas kepala Husna dan mula memujuknya.

"Husna kenapa ini? Hmm ?" Pujukan daripada Ali malah membuatkan Husna menangis lebih kencang lagi ini membuatkan Ali kebingungan. Ah sudah, matilah aku kenapa pula ini. Ya Allah, hambamu ini memang pendosa tapi aku tak berdosa sampai macam ini sekali Ya Tuhan. Siapa pula sumpah aku sampai macam ini sekali. Sudahlah dia tak cintakan aku, dia tendang pula aku sekarang dia menangis pula atas bahu aku. Apalah nasib aku. Keluh Ali dalam hatinya.

"Are you an idiot , kenapa nak dera diri sampai pengsan? Tak sayang nyawa? Badan ini sudah lama sangat pakai sampai tak nak ke? You do the same thing 2 years ago because I got engaged right? And you do it again now because I reject you right? Are you stupid?" Marah Husna dalam tangisan dan dia mencubit bahu Ali dan kali ini Ali hanya menahan cubitan daripada Husna.

"Why do you like me , Ali? When do you start liking me? How did you managed to like me after all this years?" kali ini Husna menuturkan persoalan sambil menundukkan wajahnya. Ali mula tunduk dan mengangkat mukanya dan memandang matanya sambil mengelap air mata Husna.

"I don't like you, I love you Husna.I don't know when I start loving you, I just did. Ali tak pernah berhenti cintakan Husna, Ali tak mampu sebab Ali tahu the moment I give up on you I will give up my entire life too. But at the same time Ali tak harapkan apa-apa pun dari Husna. I just love you, that all I know." Ali terus senyum kepada Husna dan dia mengosok rambut Husna. Well I did what Encik Umar can't katanya dalam hati. Namun jantungnya bagaikan terhenti seketika kerana tindakan Husna.

Mir HusnaWhere stories live. Discover now