Chapter 9

95 1 0
                                    

Ali dan Dr Wong melangkah dengan perlahan ke arah meja Husna, Nurissa dan Sharmila. Dia dapat melihat Husna yang memejamkan matanya seperti meminta sesuatu dan dia langsung tidak sedar Nurissa yang berpindah tempat duduk. Since I already confess then there no turning back, kata Ali dalam hati dan baginya inilah misi terbesar hidupnya untuk memikat hati Husna.

Husna memandangnya dan reaksi Husna membuatkan dia tersenyum, memandang wajah Husna sambil makan ialah satu kebahagian yang tidak dapat diungkap bagi Ali. Namun perhatiannya mula tertumpu kepada broccoli pada tray makanan Husna. Dia terus mengambil broccoli tersebut dan menggantikan dengan isi ayam.

"Makanlah, Ali dah ganti dengan ayam, broccoli ini Ali makan." Ali terus menjamah makanannya dan mula berborak tentang kerja dengan Dr Wong. Mereka merupakan ketua bagi department masing-masing walaupun umur Ali masih muda namun kemahirannya sebagai neurosurgeon sangat diketahui ramai. Namun Husna hanya memandang makanan dihadapannya dan fikirannya seperti melayang jauh entah ke mana. Ali mula menendang kaki Husna dan ini membuatkan Husna tersedar dan dia mulai meminta diri.

Salah ke apa aku buat? Kenapa dengan Husna tadi, dia terkejut sangat ke dengan layanan aku? Fikir Ali dalam hati, seleranya untuk makan pun hilang dengan tiba-tiba lengannya disiku oleh Dr Wong.

" Are you okay? You look lost in your mind." Semua mata memandangnya dan dia mulai menanyakan kenapa pada Dr Wong.

" I tanya you tadi, you kena attend tak meeting jumaat depan?" Tanya Dr Wong sekali lagi. Ali hanya menjawab dengan anggukkan fikirannya masih memikirkan sikap Husna kepadanya sebentar tadi. Manakala Husna yang berlalu tadi telah berlari sekuat hati ke arah taman yang berdekatan.

Tanpa Husna sedar air mata mengalir di pipiya tangan kanannya mulai memegang jantungnya yang terasa sakit sekali. Ingin dia menjerit merauh agar sakit di hatinya hilang namun tiada suara yang mampu diungkapkan olehnya. Layanan Ali, pertuturan Ali tadi persis sekali dengan arwah tunangnya Aditya.

"Husna tak nak lah benda hijau ini. I can eat anything aşk (love) just not this green thing."Husna terus mencebik ke arah Aditya dan mulai mengoncang lengan Aditya dan terus merenggek.

"Aşk, sadece ye." Love, just eat it kata Aditya dalam Turkish dan memujuk Husna dengan menyuapkan broccoli pada Husna.

"NO!" Husna terus menutup mulutnya dengan kedua-dua tangannya dan menggeleng kepalanya dengan lebih keras. Aditya hanya mampu mengeluh dan mulai mengasingkan broccoli dari pingan Husna dan mengantikannya dengan ayam.

"Makan ya aşkim ( my love), Adit sudah gantikan dengan ayam, this green thing biar Adit yang makan." Adit terus memakan broccoli tersebut dan tersenyum melihat Husna yang bersorak menang kerana tidak perlu makan broccoli yang paling dibencinya. Lamunan Husna tentang masa lalu mulai terhenti apabila bahunya disentuh oleh seseorang.

Sosok laki-laki tersebut mula memberi tisu kepada Husna dan duduk di sebelahnya dengan tenang sekali. Husna mulai mengelap air matanya dan dia menarik nafas agar tenang sambil memandang sekeliling.

"Alex is here, he is now obsess with a model named Delaila Diansri. If we can get close to her we can get Alex." Lelaki di sebelahnya mulai bercakap, dengan memakai jaket kulit berwarna hitam, seluar jeans ketat, bertopi dan berkaca mata gelap. Q atau nama pangilannya King mulai memberi info kepada Husna.

" I know you know her, I get the info from Lucky that she is your friend's friend. So now, help me to become her bodyguard." Husna hanya mengangguk dan sambil memegang cincin pada rantainya dengan tiada intonasi Husna membalas, consider done. Husna terus melangkah pergi dan apabila dia berpaling Q telah tiada di bangku tempat mereka duduk. Namun Husna tidak tahu bahawa Q masih memerhatikan Husna di sebalik pohon-pohon di taman tersebut dan dia menelefon seseorang.

"She's back."

Mir HusnaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant