Bab 6

102 0 0
                                    


     ' Selamat datang Dr. Mir Husna' banner digantung sepanjang dewan dan dipintu masuk tersebut disediakan template berwajah Husna di merata tempat. Husna hanya mampu menarik nafas dan menenangkan hatinya. This have to be joke kata Husna sambil matanya berkeliaran mencari siapakah yang bertangjungjawab membuat majlis selamat datang yang tidak masuk akal seperti ini. Dia terlihat sekumpulan lelaki yang berpakaian seperti orang terpenting dalam dewan tersebut dan di antara mereka hanya ada seorang yang berambut hitam. Umar Jaspar Bakshi bentak Husna dalam hati, ini mesti kerja abang Umar kutuk Husna sambil matanya terus memandang Umar.

Merasakan dirinya diperhatikan Umar terus memandang ke hadapan dan dia tersenyum melihat pandangan membunuh adiknya. Ramai yang tidak mengetahui apakah hubungan Husna dan Umar namun mereka sebenarnya adik beradik kandung. Ya, mereka adik beradik kandung, sama ayah sama ibu. Namun mereka mengetahui kewujuban satu sama lain ketika 13 tahun lepas setelah Husna tiba di London untuk menyambung pengajian di sana.

Ketika Umar berusia 5 tahun dan Husna baru saja lahir, General Abdul Ghai Bakshi iaitu ayah mereka sedang diburu oleh penjenayah antarabangsa dan telah tercedera. Ibu mereka pula meninggal dunia setelah melahirkan Husna. Untuk menjamin keselamatan mereka, Husna dan Umar sepatutnya diterbangkan ke Malaysia untuk tinggal bersama pak cik sebelah ibu mereka Datuk Mir Shah. Namun Umar telah diculik dan hilang khabar sehinggalah sebulan kemudiannya ditemukan semula di rumah anak yatim di London.

"G'day Maira." ucap Umar sambil mengucup pipinya di kiri dan kanan, Husna hanya merelakan abangnya menyapanya seperti itu after all he is my biological brother. Tak haram okay! Umar lebih selesa memanggilnya dengan nama Maira singkatan untuk nama aslinya Umairah Zhafira Bakshi. Namun Husna tidak begitu suka dengan panggilan tersebut kerana baginya namanya tetap Mir Husna.

"G'day Mr. President." Husna tahu abangnya tidak pernah suka dengan panggilan tersebut biarpun sudah sememangnya dia pemilik hospital tersebut. Don't tegas Umar, namun belum sempat dia ingin berkata-kata mereka di datangi oleh salah seorang board of directors di hospital tersebut. Dr Mir Husna welcome to our hospital, hospital kami memang sentiasa mengalu-galukan kedatangan doktor sebijak doktor.
"Thank you, Sir." Tangan Encik Sulaiman pun disambut namun ketika ingin melepaskan tangannya Husna dapat merasakan Encik Sulaiman sedang mengosok-gosok tangannya dengan ibu jari. Ini membuatkan Husna menekan tangannya dan membuatkan Encik Sulaiman menjerit kecil. Sorry doktor lembut sangat tangan itu, sampaikan tak nak saya lepaskan kata Encik Sulaiman dan berlalu pergi kerana takut dengan pandangan Umar Jaspar.

"Did someone almost get kill just now?" Kata Husna sambil mengambil minuman untuk menenangkan bara dalam Umar.
"Well at least it me not Hadi, kalau Hadi tadi dah arwah dia tu." Kata Umar sambil meneguk airnya dengan rakus sekali. Tapi matanya masih lagi memerhatikan Encik Sulaiman yang terlihat kecil pada matanya waktu itu. Ketika ingin membalas kata-kata abangnya, mereka didatangi oleh Sofia setiausaha Umar.

" Encik Umar, Dr Mir Husna silakan duduk majlis sudah bermula."  Mereka pun duduk di depan sekali, setelah membaca doa dan menyebut dua tiga kata pengacara majlis mulai mempersilakan pemilik hospital untuk naik ke pentas dan memberikan sejambak bunga kepada Husna.
"Mempersilakan Dr Husna untuk naik ke atas pentas"

" Morning everyone, as everyone know I'm Dr Mir Husna a cardiologist and I'm very fortunate to able to join this hospital together with my teacher Prof.Dr Wong which is also our hospital number one cardiologist and world renowned surgeon. I will take this opportunity to become an important asset for our hospital and for my beloved country. Thank you." Husna pun menyambut jambakan bunga dari Umar dan memulai mengambil gambar. Ramai sekali pihak media yang ada pada majlis tersebut. Wah! Hospital ini memang betul-betul nak jual aku, semua orang dia panggil untuk publish aku !  Husna pun dengan sengaja memijak kaki Umar dengan kasut wedgenya. Nasib kau baik aku tak pakai heel tadi.
" Sakitlah Husna"
"Tahu pula abang sakit, habis tu kenapa nak kena publish adik sampai macam ini sekali?" Tanya Husna sambil senyum dengan penuh kepuraan di depan kamera. This is job Husna, I have to do this and this will protect you from Alex Rudja people. Walaupun kata-kata Abangnya ada benarnya namun Husna tetap merasa tidak puas hati dengan tindakan abangnya yang menggunakan gambarnya tanpa menanyakan pendapatnya.

"Never ever make decisions of your own abang, this is my life and it have to be on my term and my decision only." Umar pun membalas ancaman Husna dengan bisikan 'okay dearie' pada telinga dengan seraya tangannya mulai memeluk bahu Husna.

Permandangan di depan mata Ali Asaf ketika itu membuatkan darahnya membara, Husna dalam pelukan lelaki lain, sambil berbisik-bisik di atas pentas membuatkan dia menjadi mesin mengeluh. Dia mulai mengerutkan dahinya dan rasa seperti ringan sekali kakinya untuk naik ke pentas untuk menarik Husna.

Ali mulai melangkah keluar dari dewan untuk mengirup udara segar, lama lagi aku kat dalam lama lagilah aku makan hati, bisik Ali dan terus melabuhkan diri pada bangku di taman.

Setelah 15 minit menyapa dan memberi senyuman paksa kepada lembaga pengarah hospital yang lain, Husna mula mencari jalan untuk keluar dari majlis tersebut. Ketika melihat guru serta rakan sekerja yang lain, Husna terus bergegas ke sana untuk mengelakkan diri daripada Encik Sulaiman. Dari awal majlis sehinggalah sekarang Encik Sulaiman masih mencari ruang untuk menganggunya.

" G'day guru." Kata Husna ketika menghampiri gurunya dan terus senyum ke arah Nurissa dan Halim. Fuh! Nasib sempat mengelak dari ulat bulu bisik Husna dalam hati.

" Our hospital number one cardiologist ha? Where you got that idea ha Husna?" Tanya Dr Wong sambil mengunyah mee pada pinggannya.

" It true guru, you are the numbers one cardiologist in my heart ." Kata Husna sambil ketawa kecil kepada gurunya. Dr Wong hanya menggelengkan kepala dan merasakan anak muridnya itu hanya membodek untuk menjaga hatinya. Memang agak 'over' untuk hospital ini mengadakan majlis sebesar ini hanya untuk doktor baru, namun Dr Wong tahu ini adalah cara abang Husna untuk merayakan kedatangan adiknya. Kasihan budak berdua ini, beradik namun tidak sama nama, bersaudara namun tidak ada yang tahu.

" Guru, boleh tolong Husna cover tak? Husna nak keluar dari sini tak betah kat sini lama-lama." Husna meminta tolong daripada gurunya untuk keluar . Dr Wong memang maklum dengan tingkah Husna yang tidak suka dengan kelibat orang ramai.

" You see that door? That door will go direct to park near here. Go that way." Husna pun memandang ke arah yang ditujukan oleh gurunya. Dia mulai pamitan dengan yang lain dan berjalan dengan cepat sekali. Nurissa yang melihat gelagat Husna mulai menanyakan soalan kepada Dr Wong.

" Kenapa dengan Husna itu doktor, majlis inikan untuk menyambut kedatangan dia, kenapa pula dia lari?"
Enochlophobia, fear of crowds kata Dr Wong, Husna memang dari dulu tak suka dengan keadaan orang ramai. As you can  see it getting better but she still have it anyway.

Halim dan Kamal yang berada di meja tersebut pun mengangguk dan mengerti akan tindakan Dr Husna. Namun tiba-tiba Halim mengeluh dengan kuat sekali sehingga semua yang berada di meja tersebut memandangnya.

" Hilanglah peluang aku nak couple dengan Dr Husna. Kau tengoklah dia dengan President Umar tadi bukan main 'sweet' lagi tadi siap peluk-peluk." Kata Halim dengan sedih sekali.

" Jangan lupa pagi tadi Dr Ali Asaf siap hantar tea lagi kat pejabat kita . Can you believe it two most eligible bachelor kat hospital kita ini tangkap cintan kat doktor kat department kita. Look like we have our sugar mummy." Kata Kamal seperti menuangkan minyak pada api ke atas Halim.

Namun Dr Wong hanya ketawa mendengar telahan meraka.
" Haiyoo you orang aa.. gosip saja kerja. Husna sama itu Mister Umar tidak mungkin bercinta sama itu Ali childhood friend one." Dr Wong pun mengelengkan kepala memandang Halim.

" So ada peluanglah saya doktor?" Tanya Halim dengan penuh harapan.
"No harapan one, she still sayang arwah tunang dia. You mau lawan dengan yang hidup pun belum tentu menang you mau try lawan dengan yang mati ka?" Kata Dr Wong dan terua berlalu pergi meninggal Halim yang kembali gelap. Nurissa dan Kamal pula hanya mampu gelak melihat air muka kawan mereka yang kecewa, belum bercinta dah putus harapan.

Mir HusnaWhere stories live. Discover now