Bab 10

93 0 0
                                    


Ali dapat merasakan Husna melarikan diri daripadanya, waktu tengah hari semalam ketika melihat kelibat Ali di café Husna terus berlalu dan begitu juga hari-hari yang lain. Husna sentiasa mengelak ketika dia ingin menegur, teh yang dibeli olehnya setiap pagi juga tidak diminum oleh Husna. Namun dia tahu malam ini Husna mesti tidak mampu mengelak.

Malam ini ialah majlis makan selamat paksunya yang telah sembuh setelah pembedahan jantung tiruannya sebulan yang lalu. Hampir semua kakitangan hospital dijemput ke majlis tersebut dan Husna mesti ada di majlis tersebut. Ali memakai baju kemeja biasa dan jacket berwarna biru ditambahkan dengan cermin mata membuatkan penampilannya seperti budak kolej.

"Looking good tonight doktor." Puji Sharmila kepada Ali Asaf dan dia hanya senyum dan berdiri untuk menarikkan kerusi untuk Sharmila dan Nurissa. Dia mula mencari kelibat Husna yang masih tidak kelihatan selalunya dia akan sentiasa bersama Nurissa dan Sharmila.

"Husna datang dengan Encik Umar." Kata Nurissa kepada Ali dan air mukanya mula berubah. Sejak kebelakangan ini makin kerap dia melihat Husna bersama pengerusi hospital mereka Encik Umar. Apa entah hubungan mereka, bentak Ali dalam hati. Ketika berpaling ke arah pintu depan, dia melihat Husna bersama Encik Umar bergandingan bersama, hatinya membara membuatkan dia mula meneguk air di atas meja habis air Sharmila juga diminumnya.

"Doktor itukan air Shasha, apalah doktor ini kalau nak lagi boleh ambil kat sanalah." Marah Sharmila kepada Ali sambil menunjukkan ke arah tempat mengambil air kepada Ali. Namun perhatian Ali hanya pada Husna dan Encik Umar yang senyum mesra sambil berborak dengan ayah ibunya.

"Uncle Omar Aunty Titi, thank you for inviting us here. Miss you so much Aunty." Husna dan Aunty Titi terus berpelukan.

"Ya Tuhan, lamanya Aunty tak jumpa dengan Husna nak dekat 3 tahun jugalah tak jumpa. Macam mana Husna sekarang, sihat?" Tanya Aunty Titi dengan sangat teruja sekali melihat Husna yang semakin cantik dan anggun tapi kenapa dia datang dengan pengerusi hospital, fikir ibu Ali Asaf.

"Husna baik-baik saja Aunty. Papa dengan Mama kirim salam and Abang Hadi tak dapat datang dia ada urgent meeting so Husna datang seorang. Jumpa dengan Encik Umar kat depan tadi, itu yang ajak masuk sekali." Kata Husna menerangkan kepada Aunty Titi yang asyik menoleh ke arah Umar yang mula berborak dengan Uncle Omar.

Aunty Titi dan Uncle Omar mempelawa Husna dan abangnya masuk dan secara reflex abangnya terus meletakkan telapak tangan di belakang Husna dan ini membuatkan Husna menoleh kearah abangnya. Dah kenapa nak letak tangan kat belakang aku?

"Janem, Baba kirim salam and he say he will to come Malaysia next week." Janem ialah Darling dalam bahasa Turkey dan nama panggilan Umar buat adik kesayangannya Husna, ayah mereka juga memanggilnya dengan panggilan seperti itu. Ayah mereka iaitu General Abdul Ghai Bakshi ialah keturunan Turki-Malaysia dan setelah menikah dengan ibu mereka, dia mulai menetap di London namun kini telah kembali ke Turki.

"Really, should ask Baba to START calling me and not just asking for me at you then abi." Husna menekankan perkataan start dengan Umar dan membuatkan Umar mencuit hidung Husna dan senyum melihat kerenah adiknya.

"I like it when you call me abi and not abang, abang lebih sesuai untuk Hadi. Abi is more suitable for me." Umar ingin mengosok kepala Husna dan ini membuatkan Husna menjauh dan secara tiba-tiba dia terlanggar seseorang di belakangnya. WE NEED TO TALK. Setelah berkata begitu Ali terus menarik tangan Husna dan ketika Umar ingin menegah Husna berpaling dan menunjukkan tangan agar abangnya berhenti.

Husna berhenti dan melepaskan tangannya daripada gengaman Ali dengan mudah sekali. Mereka berdiri di luar halaman bersebelahan dengan air pancut. Ali menarik nafas panjang dan dia mula membuka jaketnya lalu diletakkan pada bahu Husna yang terdedah.

"Why are you keep wearing this kind of cloths? And why, why Husna, why do you come with Umar Jasper dan let him touch you? Why?" Ali menahan sabar melihat Husna yang bersahaja dan memandangnya tanpa perasaan.

"Husna tak sempat beli baju, this is the only kind that I have and Husna jumpa Umar kat depan tadi. We didn't came together. As for he touching me, it just a courtesy ." Husna menjawab setiap pertanyaan Ali dan jawapan Husna membuatkan Ali memeluk badan, dia mula memerhati sekeliling dan terus menarik nafas yang panjang.

"Then tell me why are you avoiding me."

"You know the answer."

"Ali cuma meluahkan perasaan terhadap Husna, I don't .." kata-kata Ali dipotong Husna.

"So DON'T tell me, Don't confess Don't do anything. I can't afford to fall in love now, there something else that I need to do and that is not love." Kata-kata Husna membuatkan Ali berundur selangkah dan dia hanya memandang Husna.

10 detik.

20 detik.

30 detik berlalu, Ali pun mengangguk dan melangkah pergi meninggalkan Husna yang masih lagi berdiri di tempatnya. Husna terus duduk di tepi air pancut tersebut dan Umar Jaspar menghampirinya.

"Janem, are you okay?" tanya Umar dan terus duduk di sebelah adiknya. Husna hanya mengangguk dan Umar memandang adiknya dari sisi, kelihatan air muka Husna yang sedih dan kosong.

"Look like a gentlemen just lent you a jacket."

"Ya, he doesn't like me wearing thin cloths like tonight. He always been that way, he even help me picking broccoli and he confess." Air mata Husna bergenang dan suaranya mula bergetar, Husna menarik nafas dalam-dalam dan memandang langit di atas, setelah menarik nafasnya berkali-kali barulah Husna merasakan air matanya tak menitis.

"Janem, you know, Adit always say this segui l'amore se vuoi vivere la vita pienamente.  Kalau Husna dah puas kat luar ini, nanti masuk ke dalam." Umar terus bangun dan mencium kepalanya kemudian berlalu masuk kedalam. Ayat abang Umarnya terus terniang-niang di fikirannya. Follow love if you want to live life fully.

Mir HusnaWhere stories live. Discover now