Bab 17

209 2 0
                                    


Seminggu kemudian...

Husna menjalani hari-hari seperti biasa namun pada hari tersebut dia dapat merasakan hatinya sakit dan ini membuatkan dia merasa tidak nyaman. 'Kenapa dengan aku ini, rasa macam sakit semacam je." Ujur Husna dalam hati namun dia masih melakukan pekerjaannya dengan biasa. Selang beberapa minit kemudian telefonny bordering menandakan ada yang menelefon.

"Merhaba Baba, kenapa ini tetiba call Husna ada apa-apa ke?" Jawab Husna pada Babanya yang berada di talian.

"Elo sweetheart, Husna ada pembedahan tak hari ini?"

"Tak ada Baba, kenapa ya?"

"Husna balik rumah ya. Abi dan Abang semua ada kat rumah, Mama dengan Papa pun ada ini. Balik ya sayang." Tutur General Ghai dengan lembut sekali pada Husna.

"Kenapa ini Baba?" Tanya Husna dengan penuh tanda tanya kepada Baba. Jarang sekali Babanya meminta pulang dengan segera seperti ini. Lebih-lebih lagi dia tinggal di hospital selama seminggu ini akibat thesis akhir tahunnya.

" Nanti Husna tahulah, Baba tunggu ya." General Ghai terus mematikan telefon tanpa menunggu respon dari Husna. Dek kerana risau dengan suara Babanya Husna terus minta cuti kepada orang atasan dan terus pulang ke rumah.

Tiba di rumah Husna melihat kereta Adit dan dia mula tersenyum. Oh ini sebabnya Baba suruh balik, we gonna talk about my wedding, sorak Husna dalam hati. Husna melangkah dengan girang sekali namun suasana yang suram di ruang tamu membuatkan dia berhenti sejenak. Matanya mula meliar mencari Adit namun hanya Q yang kelihatan.

Melihat satu-satu wajah ahli keluarganya yang muram membuatkan Husna mula mendekat , Umar dan Hadi memberi ruang dan meminta Husna untuk duduk di tengah-tengah mereka. Setelah melabuhkan diri Husna terus menanyakan keberadaan Adit pada Q.

"Q, Adit mana? Kenapa Adit tak ada kat sini.?" Namun Q tidak menjawab dan hanya tunduk memandang lantai. Melihat Q yang tidak menyahut membuatkan Husna berpaling pada Babanya dan Babanya hanya memandangnya dengan pandangan maaf. Husna mula memandang satu-persatu wajah mereka yang ada di ruang tamu namun mereka semua hanya berdiam diri.

"Why are you guy avoiding me, answer me anyone Q? Baba? Anyone?" persoalan Husna membuatkan Hadi mengenggam tangannya dan Q mula bersuara.

"This suppose to be an easy mission, we just have to get information and check if it really true. Everything went smooth until it turn to be trap and Adit... Adit been shot and ..."

"Apa yang kau cakap ini Q ? dari tadi tersekat-sekat." Marah Husna yang kini sudah hilang sabar.

"It suppose to be an easy mission Husna, but Adit been shot and he... he passed away." Perkataan terakhir yang diucapkan oleh Q bagaikan roller coster berputar dalam minda Husna.

Passed away...passed away...passed away...

"DAMN IT Q! cakap dalam bahasa melayu boleh tak aku tak faham apa yang kau tengah cakap. What passed away? This better be a prank Q, I don't play this joke." Jeritan Husna bergema dalam rumah.

" Cik Mir Husna , saya bagi pihak Tentera Laut Turki ingin memaklumkan bahawa Komander Aditya Bakshi telah meninggal dunia ketika menjalankan misi. Ini adalah surat yang harus ditulis oleh askar kami sebelum menjalankan misi." Husna dengan segera merampas surat tersebut dari tangan Q. Bergetar tangan Husna membuka surat tersebut. Ya Tuhan tolonglah jangan ambil dia dari aku. Please be a joke.

Dear love,

Adit harap sangat surat ini tak sampai ke tangan Husna, I just hate it if I make you sad. Andai surat ini dibaca oleh sayang maka saat itu Adit mungkin sudah tak bernyawa lagi sayang. Baby I'm so sorry to broke my promise. I know I promise to come home, take you to all the places you like and even have to marry you as my wife. Adit minta maaf sangat sayang kalau ada silap dan kurang dari Adit, minta halalkan segalanya. Husna ingat tak kali pertama kita jumpa masa itu Adit sudah janji dengan diri sendiri. Ah... this is my future, yang diberi nama Mir Husna. Husna tahu tak how much nervous I'm bila nak ajak Husna date for the first time kat Baba? Nak terkucil tau, belum lagi dengan Umar dan Hadi. My love have so many protector, haha... sayang if you read this make sure to eat well, jangan sedih sangat, Adit dah selamat disamping keluarga don't worry about me. You already make me the happiest man alive when you say 'yes' to me. Ucapkan terima kasih pada Baba sebab ambil Adit sebagai anak angkat, Baba bukan saja sediakan rumah buat Adit but also become my father and my mentor. He is just the perfect father. Ucapakan juga salam sayang dan rindu kat Umar, Hadi and Ozgur, thank you for being my brother, my friends and the shoulder for me. They are the best companian I could ever ask. Katakan kat Q jangan salahkan diri and start looking for life. Finally my love, janji tiga perkara dengan Adit jika Adit tiada nanti. Satu, jangan terlalu lama bersedih, sebulan cukuplah oh ya jangan lupa sedekahkan Al-fatihah. Dua, segui l'amore se vuoi vivera pienamente. Love again jangan berhenti mencintai. Tiga , jika Husna sudah berjumpa dengan penganti Adit, simpan Adit dalam hati yang paling dalam, simpan sedikit buat Adit that is enough for me. Thank you for having me in your life sayang. I love you. I'm sorry sayang. Sekian Adityamu yang terakhir.

Hanya tangisan Husna yang mengisi ruangan tersebut, terduduk dan bergetar satu badannya membaca surat terakhir Adit. Gelap seketika pandangannya Umar dan Hadi mula memegangnya di bahu.

"AAHHH!!!"

"AAAHHHH!!"

"NO!"

"NOOOOOO!!"

Husna mula memukul Umar dan Hadi yang memegangnya. Hadi terus bertindak pantas dan memeluk Husna, Umar pula memeluk Husna dari belakang. Kedengaran tangisan mereka bertiga, kehilangan Adit bukan hanya memberi kesan pada Husna namun juga memberi tekanan hebat pada Umar dan Hadi yang berteman dengan Adit.

'No.' sebut Husna dalam tangisan sebelum dia pengsan dalam pelukan abang-abangnya.

Mir Husnaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن