1.Qhayra Sumayyah

51 5 0
                                    

"Aduh, banyaknya barang aku ni." keluh seorang gadis berbaju ungu pastel yang menuntun dua buah bagasi di tangan kiri dan kanannya.

"Mama dan Papa pun harapkan Pak Iwan je yang hantar aku. Dah la Pak Iwan dah tua, memang tak la dia larat nak naik sampai tingkat 4 ni." sambungnya.

Mayra Isabella,gadis kaya yang dahagakan kasih sayang ibu bapanya. Kemana-mana pasti hanya bersama pemandunya,Pak Iwan.

Ibu dan bapanya? Hanya menganggap apa yang diperlukan oleh anak tunggal mereka itu hanya wang yang pastinya tanpa gusar diberi tiap bulan. Tanpa mengetahui isi hati sang anak yang sentiasa mengharap belaian kasih tulus si ibu dan ayah.

Tiba di tingkat yang menjadi destinasinya iaitu tingkat 4,dia melepaskan kedua buah bagasinya dan meregangkan tangannya.

"Ah, tak lama dah nak ucap selamat tinggal dekat tangan aku kalau macam ni." pemegang bagasi dipegang,dan ditarik menuju ke biliknya.

"Bilik nombor 23." melepasi bilik nombor 19, lagi 4 bilik untuk sampai ke bilik yang dituju.

Belum sempat sampai,gadis itu melihat seorang gadis bertudung litup yang berlari dari arah hadapannya dan...

"Aduh!" gadis bertudung itu terjatuh setelah tersadung bagasi yang dibawa oleh Mayra Isabella.

"Allah, maaf awak. Saya tergopoh sangat, sampai terlanggar bagasi awak." gadis itu menepuk-nepuk baju yang dipakainya sebelum berdiri sambil meminta maaf kepada Mayra Isabella.

" gadis itu menepuk-nepuk baju yang dipakainya sebelum berdiri sambil meminta maaf kepada Mayra Isabella

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Takpe, not a big problem." Mayra Isabella hanya melayangkan sebuah senyuman manis sebelum keduanya bergerak melangkah menuju ke destinasi.

"Bilik nombor 24!" dia pun mengambil kunci yang telah diberikan oleh pihak universiti di dalam kocek seluarnya.

Belum sempat dia memasukkan anak kunci tersebut ke dalam tombol pintu,terperasan dia yang pintu itu sudah pun terkuak sedikit.

"Oh, mungkin roommate aku dah sampai dulu." kunci disimpan semula dan bagasi ditarik menuju ke dalam bilik yang sudah dibuka pintunya.

Melihat beg yang terletak elok di atas katil di bahagian kiri, Mayra pun meletakkan beg bagasinya di hadapan katil di bahagian kanan.

Tertanya mengapa Mayra Isabella hanya membawa dua buah bagasi? Rumahnya hanya terletak 600 m dari universiti tempat gadis itu menuntut ilmu. Jadi,tak perlulah dia membawa barang yang banyak. Cukup yang diperlukan sahaja, andai ada ayang tidak cukup ambil sahaja di rumah.

"Assalamualaikum." suara seseorang memberi salam dari belakang membuatkan Mayra Isabella menoleh.

'Perempuan tadi.' hatinya berbisik, saat melihat di hadapannnya kini gadis bertudung yang melanggar bagasinya sebentar tadi.

"Waalaikumsalam." balas Mayra Isabella.

Gadis itu meletakkan kotak yang dibawanya di sebelah katil. "Eh, awak yang saya terlanggar tadi kan?"

Mayra Isabella hanya mengangguk.

"Hai, saya Sumayyah. Qhayra Sumayyah." gadis itu menghulurkan tangan, ingin bersalaman dengan Mayra Isabella.

"Mayra Isabella." huluran tangan disambut mesra sambil memperkenalkan namanya.

Qhayra Sumayyah beralih ke arah katilnya untuk mengemas barang-barang yang dibawa sebelum Mayra Isabella menyapanya kembali.

"Awak duduk mana?" tanya gadis itu kepada Qhayra Sumayyah.

Qhayra Sumayyah terkebil-kebil sebelum menjawab soalan yang diajukan kepadanya.

"Saya duduk sini." jawabnya sambil mengeluarkan jari telunjuknya dan diarah ke katil yang didudukinya.

Mayra Isabella hanya mampu menutup mulutnya untuk menahan tawa.

Namun malangnya, telatah Qhayra Sumayyah memang tak mampu membuat tawanya tertahan.

"Ahahhahahaha.." Mayra Isabella tergelak hingga terduduk di atas katilnya.

Qhayra Sumayyah yang kelihatan tertanya-tanya pun hanya memandang aneh Mayra Isabella.

"Apa yang lawak?"

Mayra Isabella mengelap air mata yang keluar dari kelopak matanya. "Aduhai, Sumayyah. Saya tanya awak asal dari mana, bukan katil awak yang mana satu."

Mayra Isabella menjelaskan dengan tawa yang belum habis.

Qhayra Sumayyah tersenyum malu. "Oh,saya ingat tadi awak nak ambil katil saya. Tu yang saya beritahu awal-awal."

"Ahahaha, takpe." Mayra Isabella pun menarik nafas panjang untuk menenangkan dirinya.

"Saya asal dari Pendang,Kedah. Awak asal dari mana?" soalan itu diajukan semula kepada Mayra Isabella.

"Rumah saya 600 m je dari sini. Tak jauh pun. Kalau awak nak saya bawa awak pergi rumah saya sekarang pun boleh." gurau Mayra Isabella.

Qhayra Sumayyah tergelak sama. "Ishh awak ni, saya banyak barang nak kemas ni. Tapi InsyaAllah kalau saya tak sibuk, boleh je saya nak pergi rumah awak."

Kata-kata Qhayra Sumayyah memeritkan senyuman di wajah Mayra Isabella. Namun senyuman itu hilang,mendengar ayat gadis itu yang seterusnya.

"Boleh juga saya nak kenal-kenal dengan mak ayah awak."

Melihat Mayra Isabella yang bermasam muka kini, Qhayra Sumayyah berasa serba salah.

"Err, Mayra. Saya salah cakap ke?" Qhayra Sumayyah berjalan perlahan-lahan dan duduk di sebelah Mayra Isabella.

Mayra Isabella menghembus nafas kuat. "Tak, awak salah cakap. Cumanya mak ayah saya...."

Qhayra Sumayyah hanya tenang menunggu perkataan Mayra Isabella yang seterusnya. Tak mahu memaksa rakan barunya itu untuk berbicara.

"Takpelah, nanti saya cerita. Ganggu pulak awak nak kemas barang. Saya pun ada sikit-sikit barang nak kemas ni walaupun saya bawa barang sikit je." senyuman manis dilemparkan buat Qhayra Sumayyah.

Gadis bertudung litup itu memegang erat tangan Mayra Isabella. "Okey. Tapi kalau awak ada nak luah apa-apa, saya sentiasa ada dengan awak."

Mayra Isabella turut memegang tangan Qhayra Sumayyah.

"Terima kasih, Sumayyah."

Tubuh kecil gadis itu terus dipeluk erat.

'Tuhan, panjangkan tempoh persahabatan kami...'

Bersambung...

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now