4.Dia Menyayangimu

17 3 0
                                    

"Penatnya hari ni. Baru hari pertama kelas dah ada assignment."
keluh Mayra Isabella yang sedang berjalan menuju ke biliknya.

Sedang dia berjalan, seorang gadis bertudung berjalan melepasinya.

'Macam aku kenal perempuan tu.' Mayra Isabella pun berjalan menuju ke arah perempuan tersebut.

"Err, sorry..." tegur Mayra Isabella. Perempuan yang ditegur itu memusingkan tubuhnya.

"Ye, saya?" melihat wajah gadis itu membuatkan Mayra Isabella teruja.

"Ye, saya?" melihat wajah gadis itu membuatkan Mayra Isabella teruja

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Fathirah!" tubuh gadis yang lebih rendah darinya itu dipeluk erat.

"Kejap, awak..." gadis yang dipanggil Fathirah itu kelihatan berfikir sebentar.

"Fathirah Hasanna, you don't recognise me?!" Mayra Isabella pura-pura merajuk.

Fathirah Hasanna berfikir sebentar sebelum dia memandang teruja Mayra Isabella.

"Mayra Isabella!" Kedua tubuh itu kembali berpelukan disela dengan jeritan kecil.

"Weh, tak sangka sungguh dapat jumpa kau kat sini." Fathirah Hasanna memegang pipi Mayra Isabella dengan kedua tangannya.

Fathirah Hasanna dan Mayra Isabella, boleh diumpamakan bagai isi dengan kuku. Penghias hidup saat mereka masih kecil.

9 tahun lepas

"Hai awak, awak nak kawan dengan saya tak?" seorang gadis kecil menghulurkan tangan kepada gadis yang lain yang sedang duduk melunjurkan kakinya di atas katil.

Gadis kecil itu yang sedang membaca buku cerita kegemarannya pun menutup buku itu dan meletakkannya di tepi bantal.

"Oh, hai. Saya Mayra Isabella." Mayra Isabella hanya memandang kosong gadis di hadapannya.

"Saya Fathirah Hasanna, awak panggil saya Fathirah." Huluran tangan yang seperti tidak disambut itu ditarik semula.

'Tak mengapa, mungkin Mayra tidak biasa lagi dengan suasana asrama seperti ini.' fikir Fathirah Hasanna.

"Awak nak pergi makan tak? Jom saya teman?" Tak berputus asa, Fathirah Hasanna masih mencuba untuk menjalin hubungan persahabatan bersama Mayra Isabella.

"Boleh juga." balas Mayra Isabella, acuh tidak acuh.

Fathirah Hasanna berasa teruja kerana pelawaanya itu yang disangka akan ditolak malah diterima oleh Mayra Isabella. "Okey jom, nanti saya boleh bawa awak pusing-pusing sekali di sini."

...

"Awak dah lama di sini?" Mayra Isabella cuba membuka kata dengan bertanya soalan ringkas.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now