13.Kemudahan Setelah Kesukaran

16 2 0
                                    

"Sumayyah, saya rasa saya dah tahu sikit la tentang orang yang bagi surat cinta pada saya tu." Mayra Isabella yang kini sedang berbaring di atas katilnya sambil memandang siling dengan kepalanya berbantalkan kedua tangannya berkata.

Qhayra Sumayyah yang baru sahaja ingin menarik selimut membatalkan niatnya.

"Ye, siapa?" topik kali ini kedengaran menarik, dia pun bersandar di kepala katil.

"Saya tak tahu siapa, cuma yang saya tahu dia lelaki." Mayra Isabella mengimbas kembali memori di saat dia melihat seorang lelaki di belakang pokok di taman tengah hari tadi.

Qhayra Sumayyah mengerutkan dahinya. "Macam mana awak tahu?"

"Tadi masa saya dekat taman, saya dengar ada orang berjalan datang dekat saya. Saya pun pusing ke belakang tapi tak ada orang, bila saya toleh semula saya perasan ada sampul biru di sebelah saya." Mayra Isabella berhenti sebentar untuk minum air yang memang dia sediakan di sebelah katilnya sebelum menyambung semula ceritanya.

"Lepas tu bila saya tengok pada sebatang pokok tu dekat situ, ada seorang lelaki yang pandang saya. Saya tak nampak muka dia dengan jelas, tapi saya nampak la mata dia."

"Emm, macam tu." Qhayra Sumayyah mengangguk faham.

"Jadi, awak nak cari ke siapa pengirim surat tu?" bantal ditepuk-tepuk sebelum perlahan-lahan dia berbaring.

Mayra Isabella menghembus nafas kuat. "Entahlah, terfikir juga sebenarnya."

Qhayra Sumayyah tersenyum. "Dah, dah. Kita tidur dulu. Esok nak bangun sahur, kan?"

Mengingat esok ialah hari Khamis, Qhayra Sumayyah mengajak Mayra Isabella untuk berpuasa sunat.

Menu sahur? Jangan risau. Mayra Isabella sudah membeli sebuah periuk nasi untuk memasak nasi goreng. Bijak kan? Barang-barang yang diperlukan untuk memasak pun sudah tersedia.

(Psst, ni atas pengalaman abang saya di kolejnya sebenarnya😂😂)

"Okey, selamat malam Sumayyah. Assalamualaikum." Mayra Isabella melelapkan matanya.

"Waalaikumsalam." Qhayra Sumayyah menjawab seraya menutup matanya, melangkah ke alam mimpi.

...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Sesungguhnya orang-orang yang bersabar sahaja yang akan disempurnakan pahala untuk mereka dengan tidak terkira." (Surah Az-Zumar: ayat 10)

#suratcinta

Dia tersenyum di mejanya setelah menulis surat itu.

'Awak kuat, Mayra. Awak sangat kuat. Bersabarlah dengan segala ujian yang menimpamu, InsyaAllah syurga buatmu.' hatinya terdetik sambil melipat kertas itu dan memasukkannya ke dalam sampul berwarna biru yang sudah tertulis nama 'Mayra Isabella' di atasnya dan terus melangkah keluar dari bilik untuk menyampaikan surat itu.

...

"Awal mandi, Sumayyah?" Mayra Isabella yang baru sahaja pulang ke bilik menegur Qhayra Sumayyah yang sudah terlihat sedikit basah rambutnya.

"Hari ni kelas habis awal, balik-balik terus mandi lah." Qhayra Sumayyah membalas.

Mayra Isabella menanggalkan tudungnya sebelum menghembaskan tubuh di atas katil. Entah mengapa, hari ini hatinya terasa lain. Terasa ada sesuatu yang bakal berlaku.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin