15.Pengirim Surat Cinta

19 2 0
                                    

"Mayra.."

"Aku rasa aku tahu siapa yang bagi surat ni pada kau."

Mayra Isabella membulatkan matanya.

"Siapa?"

Fathirah Hasanna menarik nafasnya panjang sebelum menyambung.

"Aku tak tahu apa nama penuh dia, yang aku tahu nama panggilan dia Yusuf."

Nama itu cukup membuatkan Mayra Isabella terkejut. Bermakna, benarlah sangkaannya sebelum ini?

"Sekejap, ma-macam mana kau tahu?" dia meminta kepastian, manalah tahu Fathirah Hasanna hanya mengusiknya.

"Sebenarnya, aku tahu kau masuk universiti ni sebelum kita berjumpa dekat depan bilik kau hari tu lagi. Cuma disebabkan aku kurang pasti, jadi aku abaikan sahaja."

"Masa tu, aku tengah makan dekat kafe dan di sebelah meja aku ada dua orang lelaki. Yang aku dengar, diorang panggil sesama sendiri Yusuf dan Kai."

"Yusuf Qardhawi dan Khayril Najman?" Mayra Isabella tertanya dalam hati.

Yusuf Qardhawi memandang sahabatnya dengan riak wajah kerisauan. "Tapi, dia tak pakai tudung. Tak tutup aurat. Kau rasa apa yang aku patut buat?"

Khayril Najman menggaru-garu kepalanya.

"Lagipun aku takut, bimbang kalau rasa cinta aku ni menjerumus ke dalam fitnah pula." sambung Yusuf Qardhawi lagi.

Khayril Najman menghembus nafas. "Jadi, kau nak tolong dia?"

Yusuf Qardhawi terdiam seketika sebelum menyambung ayatnya.

"Asalnya aku berniat macam tu, tapi aku nak tanya pendapat kau dulu."

"Lebih kurang macam tu la yang aku dengar diorang cakap, Yusuf tu nak tolong kau." Fathirah Hasanna menceritakan segala yang dia dengari.

Mayra Isabella mengangguk faham. "Jadi, yang aku dengar Yusuf cakap tu. Dia nak bagi surat ni pada aku?"

Fathirah Hasanna mengerutkan dahinya. "Maksud kau?"

"Semalam, aku terdengar Yusuf tengah bercakap dekat telefon dengan someone. Dan dia kata terima kasih sebab dah sampaikan benda tu pada aku." Fathirah Hasanna mengangguk faham.

"Faham, faham..."

"Maknanya dia upah orang untuk hantarkan surat tu pada kau?" dia bertanya, hanya untuk memastikan.

"Agaknya." Mayra Isabella hanya membalas ringkas.

Suasana diam seketika sebelum Mayra Isabella kembali bersuara.

"Fathirah, boleh tak aku nak minta tolong kau esok?"

Gadis itu memasang riak tertanya-tanya.

"Apa dia?"

"Teman aku jumpa Yusuf."

...

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now