7.Jatuh Cinta, Salah?

16 3 0
                                    

"Hai Yusuf." Mayra Isabella yang berpapasan dengan Yusuf Qardhawi untuk ke tempat duduknya menegur.

Yusuf Qardhawi yang saat itu hanya melihat-lihat buku rujukannya terkejut mendengar gadis itu menegurnya. Tak mahu terlalu melayan perasaannya, dia hanya menganggukkan kepalanya dan tersenyum tipis.

Mayra Isabella melihat sapaannya tidak berbalas mencebikkan bibirnya.

'Sombong betul dia ni, orang tegur pun tak nak jawab.' hatinya berdetik sebelum menyambung langkah ke kerusinya.

Khayril Najman yang tanpa Mayra Isabella sedar berada di belakang tempat duduk Yusuf Qardhawi bangun dan merendahkan tubuhnya untuk menyamakan tingginya dengan Yusuf Qardhawi yang sedang duduk. "Weh, dia tegur kau."

Yusuf Qardhawi yang malas melayan hanya menjeling Khayril Najman. "Ye Kai, aku tau."

Khayril Najman menyiku lengan sahabatnya. "Amboi, crush tegur takkan sombong kot." sengaja dia mengusik, ingin melihat bagaimana reaksi Yusuf Qardhawi.

"Kai!" Yusuf Qardhawi memandang tajam Khayril Najman.

Khayril Najman yang sedikit ketakutan mengangkat kedua tangannya tanda menyerah. "Wo, wo. Okey aku gurau je."

"Sejak bila aku kata aku crush kat dia?" mata Yusuf Qardhawi kembali fokus pada bukunya.

Khayril Najman mengerutkan dahinya. "Eh, hari tu kau kata kau suka kat dia?"

"Suka, bukan crush."

Khayril Najman makin keliru. "Bukan sama ke?"

Melihat mereka makin menyelami topik yang dibualkan, Yusuf Qardhawi menutup bukunya.

"Tak sama, nak tahu apa bezanya?" Khayril Najman mengangguk.

"Opp, tunggu kejap." dia menahan Yusuf Qardhawi untuk menyambung ayatnya sebelum kerusinya ditarik dan diletakkan di sebelah Yusuf Qardhawi.

"Okey, sambung."

"Macam ni, orang selalu sangka crush ni ialah suka atau minat kepada seseorang dalam diam. Betul?" Khayril Najman bagai seorang murid yang mendengar kata gurunya hanya mengangguk.

"Tapi, crush bukan sekadar suka atau minat. Crush ni bila kita terfikir-fikir, terbayang- bayang cinta kita berbalas. Mengharap dia follow IG kita, sampai tahap tiap hari berdoa agar dijodohkan dengannya." sambung Yusuf Qardhawi.

"Kalau nak tanya pasal hukumnya, semestinya ia berdosa sebab tergolong dalam zina hati." Yusuf Qardhawi mengakhiri katanya.

"Jadi, kalau suka sahaja berdosa tak?" tanya Khayril Najman.

Yusuf Qardhawi menggeleng. "Cinta itu fitrah, Kai. Tapi kalau kita yang terlalu layan perasaan cinta tu, itu yang akan menimbulkan cinta yang membawa kepada fitnah."

"Sesungguhnya Allah telah menetapkan bahagian zina untuk setiap anak Adam, dia akan mendapatkannya dan tidak boleh dihindari, maka zina mata dengan melihat, zina lidah dengan ucapan, zina hati dengan membayangkan dan merasakan syahwat, sedangkan kemaluan membenarkan semua itu atau mendustakannya."

(Riwayat Imam Bukhari & Muslim)

Yusuf Qardhawi membaca hadis itu kepada Khayril Najman. Yang bertanya hanya mengangguk.

"Thanks bro, selama ni aku salah sangka dengan crush ni. Aku fikir kita memang tak boleh nak suka seseorang." Khayril Najman  tersengih.

"Islam itu fitrah, kalau Islam tak membenarkan jatuh cinta macam mana nak timbulnya ikatan pernikahan?" Yusuf Qardhawi memeluk bahu Khayril Najman.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now