18.Dia Hadirkan, Dia Jauhkan (Akhir)

23 3 0
                                    

"Abang dah meninggal dunia."

Setitis air mata Qhayra Sumayyah jatuh.

Okey, kini memang Mayra Isabella merasakan yang dia ingin pergi ke padang bola sepak dan menghentamkan kepalanya di tiang gol.

"Apa dia?!"

Air mata Qhayra Sumayyah makin deras. "Ya, abang dah tak ada Mayra."

Tak ketinggalan Mayra Isabella yang turut berasa sesak di hatinya.

"Bi-bila?"

"Empat hari lepas." mulut Mayra Isabella terkunci, tidak tahu ingin bereaksi bagaimana.

"Jadi, yang awak menangis dan tak ada mood hari tu sebab..."

Qhayra Sumayyah mengangguk. "Ya, sebab saya dapat berita yang abang dah meninggal."

Mayra Isabella yang melihat gadis di hadapannya sudah tidak tertahan air mata pun memeluknya.

"Ssshhh...." dia mengusap-usap belakang badan Qhayra Sumayyah.

Setelah berasa sedikit lega, pelukan itu terlepas.

"Abang meninggal masa dekat kampung. Awak ingat tak saya kata abang saya ada telefon hari tu?" Mayra Isabella mengingat-ngingat.

"Adik tak boleh balik, ada ujian minggu depan."

...

"Okey, jaga diri."

...

"InsyaAllah, waalaikumussalam."

"Oh, saya ingat. Yang awak kata ada ujian tu kan?" entah berapa kali Qhayra Sumayyah menganggukkan kepalanya hari ini, dia mengangguk lagi.

"Sebenarnya abang ajak saya balik kampung sama-sama, tapi saya tak boleh sebab ada ujian bulanan. Hari tu saya terfikir juga kenapa abang nak sangat balik rumah ibu." dia mengesat air matanya.

"Rupanya, abang dah nak hembuskan nafas terakhirnya." Mayra Isabella memandang Qhayra Sumayyah simpati.

"Dia sakit?" Qhayra Sumayyah menggeleng.

"Kemalangan, masa tu dia nak ke bandar. Tapi ada lori terlanggar keretanya."

Kedua gadis itu terdiam dalam keheningan. Hanya mendengar esakan dari Qhayra Sumayyah.

"Awak tak balik kampung?"

Qhayra Sumayyah menggeleng lagi.

"Saya ada ujian, dan kalau saya terlepas ujian ni boleh jadi markah semester saya rendah. Jadi saya terpaksa berkorban."

Ya Allah, tabah sungguh hati gadis ini. Tak dapat berjumpa dengan abangnya buat kali terakhir.

"Dan surat tu, bukan surat dari saya." Mayra Isabella memandang surat biru yang dipegangnya.

"Tu dari abang, untuk awak." pandangan Mayra Isabella kembali terarah kepada Qhayra Sumayyah.

"Awak kata Yusuf tak tahu pasal surat ni?"

"Ya. Tapi lepas awak cakap terima kasih pada dia, abang terus jumpa saya dan tanya saya apa yang saya buat sebenarnya." ujar Qhayra Sumayyah.

Dia menyambung lagi. "Awak tak pelik ke kenapa setiap ayat Quran ni macam kena je dengan masalah awak, sedangkan awak tak ceritakan masalah awak kepada sesiapa kecuali saya."

Baru Mayra Isabella terperasan.

"Patutlah, saya fikir ni semua kebetulan sahaja."

Qhayra Sumayyah tersenyum sambil menggelengkan kepalanya. "Bukalah surat tu."

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Όπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα