5.Malu Dengan Dia

18 3 0
                                    

Mayra Isabella pun membuka penutup kotak itu dan isinya membuatkan Qhayra Sumayyah terkejut.

"Eh? Ni....." Qhayra Sumayyah menghentikan ayatnya.

"Kenapa?" Mayra Isabella memandang aneh teman sebiliknya itu.

Qhayra Sumayyah mengalihkan pandangannya ke arah Mayra Isabella.

"Awak...."

Mayra Isabella menunggu perkataan Qhayra Sumayyah yang seterusnya.

"Awak dapat surat cinta ea?" Qhayra Sumayyah tersengih kepada Mayra Isabella.

"ADUH!" Qhayra Sumayyah menggosok-gosok kepalanya yang sebentar tadi baru sahaja diketuk oleh Mayra Isabella.

"Hei, tak baik tau main-main kepala." layangan balas dendam didaratkan pada lengan Mayra Isabella.

Namun tidak diendahkan oleh Mayra Isabella yang terus menggelakkan Qhayra Sumayyah tanpa henti.

"Ahahahaha, kan dah mendapat. Tulah, mulut tu nakal sangat." pipi gebu Qhayra Sumayyah dicubit perlahan.

Qhayra Sumayyah hanya tersenyum.

"Ha, apa yang awak nak tunjuk tadi?" dia menukar topik kepada topik asal.

"Oh, lupa pulak." Mayra Isabella mencapai sampul biru itu lalu dibuka kertasnya.

Kertas dihala kepada Qhayra Sumayyah. Dia mencapai kertas itu lalu membacanya sambil tersenyum melihat isi surat tersebut.

Melihat Qhayra Sumayyah yang tersenyum membuatkan Mayra Isabella kehairanan.

"Kenapa awak senyum?"

Kertas kembali berada di tangan Mayra Isabella. "RahmatNya memang tak pernah terhenti,Mayra."

Makin pelik Mayra Isabella memandang Qhayra Sumayyah. "Jap, apa ni saya tak faham."

Qhayra Sumayyah memuncungkan bibirnya ke arah surat itu. "Isi surat tu."

"Tuhan memang tak pernah berhenti menyayangi kita. Hanya kita yang tak sedar diri, kejar cinta manusia yang entah apa nilainya tanpa menyedari nilai cinta Tuhan yang berjuta kali ganda lebih tulus dari cinta manusia." terang Qhayra Sumayyah sambil berjalan menuju ke almarinya.

"Allah....sayang kita?" tanya Mayra Isabella.

Qhayra Sumayyah melabuhkan punggungnya di atas kerusi. "Ya, Dia sangat sayangkan kita. Kadang tu, rasa malu sangat dengan Dia. Kenapa Sang Raja pula yang terlebih dahulu perlu menyatakan kata cintaNya pada kita, sedangkan kita ini hamba."

"Cuba bayangkan kalau kita, Sultan di Malaysia ni yang beritahu pada rakyatnya yang Baginda sayangkan kita. Tapi kita sebagai rakyat tak punya rasa apa pun. Malah tak punya rasa untuk menghargai kata cinta tersebut." tudung bawal berona perang yang dipakainya dicabut dan digantung pada penyangkut yang sudah tersedia pada almari.

Mayra Isabella sambil mengeringkan rambutnya yang masih basah bertanya. "Jadi, apa kaitannya?"

Qhayra Sumayyah tersenyum. "Macam tulah kita dengan Allah. Berkali-kali Dia beritahu rahmat dan kasih sayangNya sentiasa ada dengan kita,bila-bila masa. Tapi kita sebagai hamba, tak pernah nak hargai. Malah makin rancak melakukan dosa yang terang-terang dibenci olehNya."

"Orang yang menghargai kasih sayang yang diberi Allah, dia akan cuba sedaya upaya untuk membalas cinta teragung itu. Dengan cara berusaha melangkah keluar dari lautan dosa, kembali ke darat untuk mencari redhaNya. Dan akhirnya, melangkah gembira masuk ke dalam syurga." tuala dicapai dan Qhayra Sumayyah melangkah keluar bilik untuk ke bilik mandi.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now