8.Rahsia Terbongkar

17 2 0
                                    

"Papa!" Mayra Isabella berlari memeluk papa kesayangannya yang sedang duduk di meja makan, melepas rindu setelah beberapa bulan tidak berjumpa.

Memang Mayra Isabella baru berada di universiti selama sebulan, namun beberapa bulan sebelum itu kedua ibu bapa angkatnya itu tidak berada di Malaysia dan terpaksa tinggal di Jepun atas urusan pekerjaan.

"Miss me?" Dato' Muzmir memegang tangan anaknya.

Mayra Isabella beralih memandang Dato' Muzmir. "Mestilah, berapa bulan kita tak jumpa kan?"

Lelaki itu mengusap kepala anaknya dan sengaja menyelamatkan rambut panjang Mayra Isabella.

"Pa, rosak rambut Mayra!" laju tangannya merapikan semula rambutnya yang agak serabai atas ulah papanya.

Datin Tameera hanya mampu ketawa melihat telatah suami dan anak angkatnya. "Dah, dah. Jom kita makan."

Qhayra Sumayyah yang sedikit kekok bersama dengan keluarga itu bergerak ke tepi Mayra Isabella.

"Ha, Sumayyah. Awak duduk kat sini." Mayra Isabella menarik kerusi di sebelahnya dan mempersilakan Qhayra Sumayyah untuk duduk.

Dato' Muzmir hanya memandang Qhayra Sumayyah.

"Kawan Mayra?" tanyanya.

Mayra Isabella mengangguk. "Yup, dia roommate Mayra."

Dia beralih pula kepada Qhayra Sumayyah. "Sumayyah, ni papa saya. Dato' Muzammir bin Syimil."

Qhayra Sumayyah menundukkan kepalanya. "Assalamualaikum, pakcik."

"Waalaikumsalam." senyuman manis dihadiahkan buat Qhayra Sumayyah.

"Okey, kita berhenti dulu sesi perkenalan. Nanti kita sambung semula, mama dah lapar ni." Datin Tameera mencedok nasi ke dalam pinggan dan diberikan kepada suaminya, anaknya, Qhayra Sumayyah dan terakhir sekali buat dirinya sendiri.

Lauk ayam masak kicap dicedok dan diletakkan ke dalam pinggan. Ayam dicubit, dicampurkan sekali dengan nasi dan dimasukkan ke dalam mulut. Voila!

"Hmmm, lama tak rasa masakan mama." Mayra Isabella mencedok lagi kuah kicap ke dalam pinggannya.

Qhayra Sumayyah hanya tersenyum memandang rakannya itu. Dia pun menadah tangan membaca doa makan dan mula mencedok lauk yang berada di hadapannya.

Datin Tameera yang melihat aksi Qhayra Sumayyah itu berasa sedikit malu. Dia meletakkan semula nasi di dalam tangannya yang sempat dicedok sebelum tangan diangkat untuk membaca doa.

...

"Alhamdulillah, sedap makcik masak. Kenyang saya, rasa macam dah naik berat badan ni." Qhayra Sumayyah berseloroh sambil menuju ke ruang tamu.

Datin Tameera yang berjalan di sebelah gadis itu tertawa kecil. "Ha, nanti datanglah lagi. Boleh makcik naikkan berat awak lagi."

"Ishh makcik, silap hari bulan kena jumpa doktor saya ni. Tak pasal-pasal doktor detect saya dah obesiti." kedua perempuan bertudung itu ketawa bersama.

"Amboi, seronoknya gelak-gelak. Sembang apa tu? Ngumpat Mayra ea?" Mayra Isabella yang baru sahaja muncul dari arah dapur bersuara.

"Eh Mayra, tak baik tuduh-tuduh. Mana adalah, saya saja je gurau-gurau dengan mama awak." Qhayra Sumayyah menepuk-nepuk ruang di sebelahnya, mengajak Mayra Isabella untuk duduk di situ.

Lama juga mereka berborak, hingga tak sedar jam sudah menunjukkan pukul 3 petang.

"Eh, dah pukul 3 la. Awak ada program petang ni kan?" tanya Mayra Isabella kepada Qhayra Sumayyah.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now