14.Diakah Gerangannya?

17 3 0
                                    

"Macam mana mama boleh telefon Sumayyah?" Mayra Isabella membuka kata sambil menyuap nasi ayam ke dalam mulutnya.

Kini, mereka bertiga sedang berada di kafe hospital untuk berbuka puasa. Datin Tameera yang hanya berniat untuk menemani turut memesan makanan, melihat kedua anak gadis itu makan dengan penuh selera.

"Masa Mayra balik rumah hari tu, mama ada minta nombor telefon Sumayyah. Mama tak telefon Mayra, sebab mama dapat rasakan yang mungkin Mayra takkan angkat." mendengar ayat terakhir Datin Tameera, membuat Mayra Isabella menghentikan suapannya.

Melihat wajah anaknya yang kini muram, Datin Tameera terus menceriakan. "Tak apa sayang, mama faham Mayra perlukan masa. Dah, cepat makan lepas tu kita pergi solat."

Mengerling jam di tangannya yang kini sudah menunjukkan pukul 7.15, Mayra Isabella dan Qhayra Sumayyah mempercepatkan suapan mereka. Bimbang terlewat untuk menunaikan solat Maghrib.

...

Mayra Isabella melangkah keluar dari dewan kuliahnya dengan wajah yang cukup ceria. Hari ini dia mendapat keputusan untuk ujian dari Madam Suria untuk bulan yang keempat, dan hasil yang dia dapatkan sangat memuaskan.

Dia meneruskan langkah untuk ke kafe sebelum melihat Yusuf Qardhawi yang sedang duduk di hadapan dewan, dengan telefon yang diletakkan di telinganya.

"Terima kasih sebab dah tolong berikan pada Mayra." mendengar namanya disebut, membuatkan Mayra Isabella tertarik untuk curi-curi dengar perbualan lelaki itu dengan entah siapa.

"Waalaikumsalam." ingin dia melangkah mendekati lelaki itu untuk menanyakan apa yang diberikan kepadanya, sebelum dia mendengar seseorang memanggil namanya.

"Mayra, cepatlah!" kelihatan rakan sekuliahnya, Hidayah yang baru sahaja keluar dari dalam dewan menjerit namanya.

"Oh, okey." dia menoleh ke arah Hidayah, namun saat dia berpusing semula ke hadapan dapat dia lihat Yusuf Qardhawi yang sudah berada jauh dari situ.

Dia pun berjalan ke arah Hidayah dengan seribu satu pertanyaan di benak hatinya.

'Dia ke... pengirim surat tu?'

Pertanyaan itu terus dibiarkan tanpa jawapan seperti angin lalu.

...

"Wah, dah lama aku tak lepak bilik kau." Fathirah Hasanna masuk ke dalam bilik Mayra Isabella dan melabuhkan punggungnya di atas kerusi.

"Oh ye? Seingat aku ada seorang tu dia tidur atas katil aku dari pukul 2 sampai orang dah azan Asar minggu lepas." kata Mayra Isabella selamba sambil menanggalkan tudungnya.

Fathirah Hasanna mencebik. "Dah seminggu, lama la tu."

"Ye lah, apa-apa je lah." malas melayan Fathirah Hasanna yang sangat terkenal dengan perangai tidak mudah mengalah, walaupun hanya untuk hal yang kecil.

Fathirah Hasanna hanya melilau matanya melihat sekeliling bilik Mayra Isabella sebelum terperasan akan sebuah kotak kecil yang berada di atas rak buku milik gadis itu.

Entah mengapa kotak itu amat menarik perhatian Fathirah Hasanna.

"Mayra, aku nak tengok kotak atas tu boleh?" dia meminta izin kepada Mayra Isabella.

Si tuan punya kotak yang sedang khusyuk berteleku di hadapan almarinya hanya mengizinkan tanpa menyedari kotak apa yang dilihat Fathirah Hasanna.

Mendapat lampu hijau, cepat tangan gadis itu mengambil kotak yang menjadi bahan curiganya.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now