10.Manusia Hadir Ada Pengajaran

22 2 0
                                    

Hari ini, Mayra Isabella tidak pergi ke kelas kerana sedikit demam. Mungkin kerana terlalu banyak menangis semalamnya, bahkan hari ini pun masih terlihat matanya yang bengkak.

Seharian ini, dia hanya terbaring di atas katil. Sarapan yang dibawakan oleh Qhayra Sumayyah pun dia tidak sentuh.

"Assalamualaikum." Qhayra Sumayyah baru sahaja pulang dari kelas dan melihat Mayra Isabella yang sedang tertidur di atas katil.

Dia tersenyum kecil, dan menghela nafas perlahan melihat betapa kuatnya gadis itu menghadapi segala ujian hidupnya.

'Tak mengapa Mayra, moga syurga buatmu di sana pengganti berhempas-pulas.' Qhayra Sumayyah ingin menutup pintu sebelum dia terperasan sesuatu yang berada di atas meja di hadapan bilik.

"Surat." dia pun mengambil sampul surat itu dan membeleknya.

...

"Ahhh.." Mayra Isabella yang baru terjaga dari tidur memegang kepalanya yang sedikit pening.

Dia cuba bangun dan berjalan untuk menuju ke pintu sebelum terperasan akan sampul surat biru yang berada di atas mejanya.

Mayra Isabella mengerutkan dahinya.

"Macam mana surat tu boleh ada atas meja aku?" dia pun duduk di kerusinya sambil cuba membuka surat itu.

"Pengirim dia dah sampai masuk dalam bilik?" tertanya juga dia bagaimana pengirim itu boleh masuk ke dalam bilik.

"Atau, jangan-jangan..." dia cuba berfikir.

Sebelum dia menyambung perkataannya, terdengar satu suara dari belakang. "Saya yang letakkan surat tu atas meja awak."

Qhayra Sumayyah yang baru balik dari bilik mandi bersuara.

"Ohh..." ringkas Mayra Isabella menjawab.

Sambil mengeringkan rambutnya, Qhayra Sumayyah bertanya. "Awak dah okey?"

"Okey dah sikit, cuma pening-pening je." Mayra Isabella menjawab sambil memicit kepalanya yang terasa berdenyut.

"Saya ada pesan bubur dekat FoodPanda tadi. Jangan lupa makan, sarapan tadi pun awak tak sentuh." Qhayra Sumayyah menyarung tudungnya dan mengambil dulang di atas meja Mayra Isabella yang berisi nasi lemak.

"Eh, awak nak bawa nasi tu pergi mana?" melihat Qhayra Sumayyah melangkah ke luar, dia bertanya.

"Saya nak bagi Awan makan, kalau nak bagi orang makan takut dah tak elok sebab terdedah lama sangat ni." Qhayra Sumayyah tersenyum. Awan ialah kucing berwarna putih bertompok hitam dan perang yang tinggal di tingkat bawah asrama mereka. Nama itu diberi sendiri olehnya kerana bulu Awan seiras dengan bulu kucingnya yang sudah mati, juga bernama Awan.

Selalu juga Qhayra Sumayyah memberi makan kucing itu dan bermain dengannya andai punya waktu. Dia juga membeli satu pek besar makanan kucing dan disimpan di dalam almari sebagai simpanan untuk Awan.

 Dia juga membeli satu pek besar makanan kucing dan disimpan di dalam almari sebagai simpanan untuk Awan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now