17.Rupanya

17 2 0
                                    

"Sumayyah, awak?"

Qhayra Sumayyah mengangguk. "Ya, saya pengirim surat tu sebenarnya."

Sebentar, berikan ruang buat Mayra Isabella untuk mencerna semua perkataan yang keluar dari mulut Qhayra Sumayyah.

"Kejap, awak pengirim surat ni? Habis tu, Yusuf?" otak Mayra Isabella seperti baru hendak tersadung selnya.

Sumpah, perkara yang berlaku sekarang ini membuatkan kepalanya berserabut.

"Okey, biar saya ceritakan dari awal."

...

"Assalamualaikum abang!" Qhayra Sumayyah memeluk abangnya.

Kini, dia sedang berada di sebuah restoran di luar universiti untuk bertemu abangnya yang juga merupakan mahasiswa di universiti yang sama dengannya.

"Waalaikumsalam adik." lelaki yang memakai kemeja merah itu membalas pelukan adiknya.

"Abang Yusuf dah lama sampai?" Qhayra Sumayyah berkata sebelum memesan air kepada pelayan yang baru sahaja lalu di sebelah mejanya.

Yusuf Qardhawi menggeleng. "Baru je, dalam 5 minit."

"Kejap, kejap. Yusuf tu abang awak?!" Mayra Isabella menjerit membuatkan Qhayra Sumayyah terkejut. Hampir-hampir badannya terlanggar dinding di belakang.

"Astaghfirullahalazim awak ni." Qhayra Sumayyah mengusap dadanya.

"Okey, mungkin tu fakta yang amat mengejutkan awak tapi ya. Yusuf abang saya."

Mayra Isabella terkebil-kebil.

"Sekejap, umur Yusuf berapa?" tanya gadis itu. Yalah, macam mana Yusuf boleh sekelas dengan Mayra Isabella jika umurnya lebih tua dari Qhayra Sumayyah yang sebaya dengannya.

"18 tahun, kami kembar tak seiras." jawapan Qhayra Sumayyah membuat Mayra Isabella mengangguk.

"Patutlah.."

Dia baru tersedar akan cerita mereka yang terputus di tengah jalan.

"Ha, sambunglah cerita."

Qhayra Sumayyah mencebik. "Ceh, tadi awak juga yang sergah saya sampai saya nak terlanggar dinding kat belakang ni."

*kembali pada flashback

"Ada apa abang nak jumpa adik?" Qhayra Sumayyah bertanya. Dia agak hairan, baru beberapa hari di universiti ini, abang kembarnya itu sudah mengajak untuk berjumpa.

Rindu betul...

"Emm, abang nak minta tolong dengan adik sikit." Yusuf Qardhawi menjelaskan niatnya.

Qhayra Sumayyah sedikit tertanya-tanya. "Macam serius, apa dia?"

Lelaki itu menghirup airnya terlebih dahulu untuk membasahi tekak. Entah mengapa, berbicara mengenai hal ini membuatkan seluruh badannya berasa tidak selesa.

"Adik kenal Mayra Isabella?" mendengar abangnya menyebut nama itu, Qhayra Sumayyah tersenyum teruja.

"Kenal sangat! Dia kawan sebilik adik. Dia sama bidang dengan abang kan?" sudah tentu gadis itu tahu. Kerana abangnya juga mengambil bidang bisnes.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now