12.Maafkanlah

16 2 0
                                    

Sungguh, dirinya terasa sangat malas sekarang. Rasa seperti ingin tidur selamanya. Namun entah mengapa hatinya tergerak untuk membuka surat itu. Seakan-akan ada sesuatu yang memaksanya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

"Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami) dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu." ( Surah Muhammad: ayat 31)

#suratcinta

Mayra Isabella tersenyum. Ayat kali ini tidak membuatkan air matanya jatuh, namun membuatkan semangatnya terus memuncak untuk menghadapi hidupnya.

'Allah sayang aku. Allah berada lebih dekat dari urat leherku. Aku tahu Kau berikan aku ujian ini kerana Kau sayangkanku, Ya Allah.' dia menyemangati dirinya sendiri.

Mayra Isabella nekad, perjalanan ini baru sahaja bermula. Dan takkan dia berhenti di tengah jalan, melainkan takkan berhenti selagi nyawanya dikandung badan.

...

"Assalamualaikum!" Qhayra Sumayyah masuk ke dalam bilik dengan beg kertas yang dijinjing di tangan kanannya.

"Waalaikumsalam." Mayra Isabella menjawab sambil melipat telekungnya.

"Lambat habis kelas hari ni?" Mayra Isabella bertanya sambil tersenyum.

'Aku takkan bersedih lagi, sebab Kau ada dengan aku.' kata-kata itu terus disematkan dalam hatinya.

"Lama dah habis, cuma tadi saya ke bandar sekejap." Qhayra Sumayyah meletakkan begnya di atas meja sebelum membengkokkan badannya ke belakang, meregangkan tulang agaknya.

"Amboi, pergi bandar tak ajak." Mayra Isabella mencebikkwn bibirnya, gaya merajuk.

Qhayra Sumayyah menggaru-garu kepalanya sambil tersengih. "Hehe, bukan tak nak ajak, cuma saya pergi pun sekejap je. Nah, saya belikan hadiah untuk awak."

Beg kertas yang berada di tangan kanan Qhayra Sumayyah beralih ke tangan Mayra Isabella sebelum dia membuka beg itu yang sepertinya agak berat.

"Apa ni?" tanya Mayra Isabella sebelum dia melihat isi beg itu.

"Sumayyah!!" dia terus berlari dan memeluk tubuh Qhayra Sumayyah.

"Ya Allah, banyaknya tudung dengan kerongsang! Cantik-cantik pulak tu." pelukan dilepaskan sebelum gadis itu membawa keluar semua isi beg yang dipegangnya di atas katil.

"Hehe, kebetulan dekat kedai tudung kegemaran saya tu ada buat promotion. Saya pun apa lagi, sambar lah." Qhayra Sumayyah tertawa melihat gelagat Mayra Isabella yang terlalu teruja melihat hadiah yang dibelinya.

"Terima kasih sangat-sangat, Sumayyah. Cantik betul tudung-tudung ni, pandai awak pilih." dia pun terus mencuba sehelai tudung berwarna perang kemerahan.

" dia pun terus mencuba sehelai tudung berwarna perang kemerahan

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now