16.Dimana Yusuf?

19 2 0
                                    

"Assalamualaikum." Mayra Isabella masuk ke dalam biliknya. Seperti biasa, dengan surat bersampul biru di tangannya.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

"Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar." (Surah Al-Baqarah: ayat 155)

#suratcinta

Gadis itu tersenyum sebelum teringat semula yang pagi tadi Yusuf Qardhawi tidak datang ke kelas.

"Kejap, kalau Yusuf tak ada. Siapa yang bagi surat ni?" dia bermonolog sendirian.

Mayra Isabella menggelengkan kepalanya perlahan. "Mungkin dia simpan awal-awal agaknya."

Kertas itu dimasukkan semula ke dalam sampul dan dimasukkan ke dalam kotak kecil yang sudah penuh dengan surat bersampul biru.

'Nak kena cari kotak lain ni. Takut tak cukup ruang.' katanya sendirian sebelum menyimpan semula kotak itu.

...

"Assalamualaikum warahmatullah."

"Assalamualaikum warahmatullah."

Selesai mendirikan solat sunat witir, qiamullail kedua gadis itu ditutup dengan bacaan wirid ringkas dan doa.

Khusyuk mengaminkan doa yang dibaca oleh Qhayra Sumayyah, namun Mayra Isabella terperasan yang suara gadis itu seperti sedang tersedu-sedan.

Mungkin kerana terlalu menghayati, dia hanya bersangka baik.

Juga semasa mereka bersalaman, dapat Mayra Isabella lihat dengan jelas bekas air mata yang mengalir di pipi Qhayra Sumayyah.

'Ada apa-apa yang aku tak tahu ke ni?' tak mahu menyibuk, hanya menunggu masa Qhayra Sumayyah sendiri menceritakan. Yang dia tahu, gadis itu pasti punya masalah.

...

Lagi sekali, Mayra Isabella tidak melihat kelibat mahupun bayangan Yusuf Qardhawi di dalam kelas. Ingin dia menanyakan kepada Khayril Najman, namun melihat wajah lelaki itu seperti sedang dalam keadaan hati yang buruk, dia membatalkan niatnya.

Hari ini Qhayra Sumayyah tidak pergi ke kelas kerana demam. Sepulangnya Mayra Isabella ke bilik, dia melihat Qhayra Sumayyah yang sedang berada di mejanya sambil menelaah Quran.

"Assalamualaikum."

Qhayra Sumayyah menoleh ke arah pintu. "Waalaikumsalam."

Senyuman dilemparkan kepada gadis dengan wajah yang sedikit cengkung itu.

"Dah okey?" Mayra Isabella menanyakan keadaan rakan sebiliknya itu.

Qhayra Sumayyah mengangguk. "Alhamdulillah, dah okey sikit."

Dia melihat beg plastik yang berada di tangan kanan Mayra Isabella.

"Apa tu?"

Plastik itu diletakkan di atas meja Qhayra Sumayyah. "Nah, nasi lauk ayam masak lemak. Khas buat awak."

Qhayra Sumayyah tersenyum. Dengan senyuman itu membuatkan wajahnya cantik berseri, walaupun kelihatan sedikit pucat.

"Terima kasih banyak-banyak." dia menutup Qurannya dan mencium kitab suci itu.

#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now