2.Wanita Solehah

27 3 0
                                    

"Awak ambil kos apa kat sini?" tanya Mayra Isabella kepada Qhayra Sumayyah yang sedang menanggalkan pin yang berada di tudung bawalnya.

"Saya ambik kos Usuluddin. Awak?" seperti biasa, soalan yang dilontarkan semula kepada yang bertanya.

"Saya ambik business." balas Mayra Isabella sambil meletakkan pakaian-pakaiannya ke dalam almari.

Selesai mengemas pakaian,almari ditutup dan Mayra Isabella bangun untuk mengemas meja belajarnya pula sebelum melihat Qhayra Sumayyah yang sudah menanggalkan tudungnya.

Rambut yang panjang,ikal mayang dan lebat itu menarik perhatian Mayra Isabella yang sememangnya penggemar fesyen untuk rambut.

"Sumayyah, cantiknya rambut awak. Tapi sayang,kenapa awak pakai tudung? Kalau awak cabut tudung awak, mesti lagi cantik dan ramai orang boleh tengok."

Kata-kata Mayra Isabella memeranjatkan Qhayra Sumayyah.

'Astaghfirullahalazim,astaghfirullahalazim.' dadanya diusap lembut sebelum tubuhnya beralih menghadap Mayra Isabella.

"Okey Mayra, saya bagi awak satu perumpamaan. Kita kalau ada mahkota, mesti kita jaga elok-elok kan?" pertanyaan Qhayra Sumayyah dibalas dengan anggukan oleh Mayra Isabella.

"Mahkota tu kan mahal, kita takkan tayang-tayang kat orang sebab besar peratusan untuk mahkota tersebut dicuri, betul?" soalan itu dibalas lagi dengan anggukan.

Langkah diatur dan Qhayra Sumayyah duduk di sisi Mayra Isabella.

"Macam tu juga rambut kita, rambut ni ibarat mahkota buat wanita. Kita tak boleh senang-senang tayang pada sesiapa. Hanya orang yang berhak sahaja kita boleh tunjukkan."

"Tapi, kita kena la tunjukkan kecantikan yang ada pada diri kita. Kita kan perempuan." Mayra Isabella melontarkan hujahnya pula.

Qhayra Sumayyah tersenyum.

'Bismillahirrahmanirrahim. Ya Allah, bantulah aku untuk menyampaikan ajaran agamaMu.'

"Allah ada pesan untuk perempuan dalam Surah An-Nur, ayat 31. Dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka,dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan." Qhayra Sumayyah memberikan terjemahan dari ayat Quran tersebut kepada Mayra Isabella.

"Allah perintahkan kita untuk jaga aurat kita, dan semuanya ada sebab."

"Apa sebabnya?" Mayra Isabella mula rasa lenguh bersila di atas katil dan terus melunjurkan kakinya ke bawah.

"Sebabnya, Allah nak jaga kita dari pandangan nafsu lelaki. Kita tak tahu lelaki ni pandang kita macam mana." terang Qhayra Sumayyah.

"Allah hantarkan Islam untuk manusia bukan sahaja untuk memberi kebenaran buat umat, malah untuk menaikkan darjat wanita. Tengoklah, masa zaman jahiliyyah wanita semuanya ditindas. Tapi Rasulullah datang membawa cahaya mengubah segala kezaliman dan mengangkat maruah wanita ke peringkat yang paling tinggi."

"Dalam Islam, wanita dijaga dan dipelihara rapi. Umpama mutiara yang digilap tiap hari. Dengan cara, jaga pakaian kita dan tingkah laku kita untuk tidak memancing perhatian lelaki."

Sambungnya lagi. "Rasulullah pun pernah bersabda, Dunia adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia ada wanita solehah."

"Islam mengangkat wanita daripada dimurahkan oleh jahiliyyah kepada dibatalkan harga dirinya oleh cahaya Islam. Jadi,kita jangan rendahkan maruah diri kita sendiri. Pelihara diri kita." terang Qhayra Sumayyah panjang lebar.

Namun, tiba-tiba sahaja Mayra Isabella berdiri dan memandang Qhayra Sumayyah tajam.

"Jadi awak nak kata, orang macam saya ni sengaja nak murahkan diri kami la?" telunjuknya diharapkan betul-betul di hadapan hidung Qhayra Sumayyah.

"Eh, astaghfirullahalazim. Saya tak pernah berniat nak cakap macam tu." Qhayra Sumayyah bangun dan memandang Mayra Isabella lembut.

"Ahh, orang macam kau semua sama je. Acah suci, konon bertudung labuh. Tapi bab memaki orang, nombor satu!" Mayra Isabella mengambil beg tangannya yang berada di atas meja belajar dan terus melangkah keluar dari bilik.

Qhayra Sumayyah cuba mengejar namun langkahnya terhenti saat pintu biliknya dihempas oleh Mayra Isabella.

BAAMM!

Qhayra Sumayyah berjalan mengundur ke belakang dan melabuhkan punggungnya ke atas katil.

"Astaghfirullahalazim, astaghfirullahalazim..." tangisnya terus menitis membasahi jubah hitam yang dipakainya.

"Ya Allah, maafkan aku Ya Allah. Kerana mulutku ini, aku telah melukakan hati rakanku sendiri Ya Allah. Ampunkan aku, Ya Allah." lirih suara kecil gadis itu yang terus menyembamkan tangannya ke wajah.

Seketika dia teringat hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari.

"Barangsiapa yang mempunyai kezaliman kepada saudaranya mengenai hartanya atau kehormatannya, maka diminta dihalalkanlah kepadanya dari dosanya itu sebelum datang hari dimana nanti tidak ada dinar dan dirham (hari kiamat), dimana akan diambil dari pahala amal kebaikannya untuk membayarnya. Kalau sudah tak ada lagi amal kebaikannya, maka diambil dari dosa orang yang teraniaya itu, lalu dipikulkan kepada orang yang menganiaya itu."

"Astaghfirullahalazim!" makin deras air mata Qhayra Sumayyah.

"Ya Allah, berilah aku peluang untuk meminta maaf kepada Mayra. Tolonglah hambaMu ini, Ya Allah!" tidak mampu dia mengelap air matanya, umpama setitis yang dilap sepuluh titis yang keluar.

Sungguh, dia benar-benar takut andai kata maafnya tak sempat diucap atau maafnya tak diterima Mayra Isabella. Begitu beratnya dosa antara kita dengan manusia.

Kerana itulah Tuhan itu kekasih yang paling tulus kasihNya. Tak perlu memohon maaf berkali-kali, cukup dengan tangisan dan rayuan di atas bentangan tikar sejadah dan tadahan tangan memohon doa. AmpunanNya pasti datang buat kita.

Namun, manusia diciptakan dengan ego. Menyangka mereka itu sempurna, hingga kata maaf tak pernah terucap di bibir. Hanya dua kata, namun sebutannya bagai tersimpan emas di dalam tekak.

"Allahuakbar, Allahuakbar." laungan azan dari masjid universiti membuatkan Qhayra Sumayyah berhenti menangis.

"Aku solat Zuhur dulu, lepas tu boleh aku buat solat hajat. Mohon pada Allah agar Mayra boleh maafkan aku." dia bingkas bangun untuk ke tandas mengambil wuduk, dan menunaikan perintah Ilahi.

Tapi lihatlah umat manusia sekarang, hanya memandang enteng hal solat walaupun hanya 5 waktu sehari. Satu waktu hanya bertempoh 5-10 minit, bermakna Tuhan hanya meminjam tempoh 25-50 minit sahaja sehari dalam 24 jam untuk kita berjumpa dan berkomunikasi denganNya.

Benarlah kata Nabi Musa A.S., umat Muhammad tak mampu untuk menunaikan solat walaupun hanya lima waktu sehari. Mujurlah Nabi Musa menyuruh Rasulullah untuk menurunkan bilangan waktu solat dari 50 waktu. Kalau tidak, makin beratlah 'beban' yang dipikul manusia.

Bersambung...


#suratcinta | Nura Maisarah (Complete✅)Where stories live. Discover now