•Episod 16•

592 77 7
                                    

3:30 petang

Klak

Terlihat hali keluar dari bilik mandi sambil mengeringkan rambutnya menandakan dia baru sahaja selesai mandi.

Taufan yang duduk di katil hali pun menoleh ke arah hali lalu tersenyum.

Hali pun pergi ke cermin lalu menyisir rambutnya. Selesai menyisir rambutnya,matanya Tiba2 tertumpu pada penutup mata di meja depannya,dia pun mengambil penutup mata itu lalu melihatnya sekejap.

Dia tersenyum kecil lalu menoleh ke Taufan sambil tangan masih memegang penutup mata itu.

"Well,nampaknya aku tak akan pakai penutup mata ini lagi." Lalu memasukkan penutup mata itu ke dalam laci meja. Taufan pun tersenyum mendengar apa yang hali katakan.

"Maaf Taufan aku tak melawat kau tadi,besok kita pergi Oke?" Kata hali lalu duduk bersilang di katil,begitu juga dengan taufan yang berada di depannya. "Tak apa,Besok kita pergi tau?"

Hali pun menganggukkan kepalanya lalu menarik selimut untuk menutupi badannya. "Selamat malam" sempat dia mengucapkan selamat malam kepada Taufan sebelum masuk ke alam mimpi.

"Selamat malam" balas Taufan perlahan lalu melayang keluar dari bilik Hali. Dia pun naik ke atap lalu duduk di situ,melihat ke arah langit malam yang di penuhi bintang.

Dia ingin duduk di situ sampai lah matahari menampakkan dirinya,menunggu dan menunggu.

"Aku harap aku dapat bersama dengan lili-chan sampai aku sedarkan diri..." bisik hatinya perlahan.

--
--

Sreek

Hali pun melangkah masuk ke bilik bernombor 102 lalu mengambil pasu bunga yang berada di meja sebelah katil itu,ingin menggantikan bunga yang layu itu.

Selesai menggantikannya,dia melihat sebentar tubuh kaku yang terbaring di katil itu. "Jom" Katanya kepada Tuafan yang berdiri di depannya.

Mereka pun berjalan ke arah pintu ingin keluar dari situ. Belum sempat hali memegang pintu itu Tiba2 ada orang yang membukanya dari luar

Sreek

Terlihat wajah lelaki tua dalam lingkungan 50an terkejut melihat hali di depannya,begitu juga hali yang agak terkejut di situ.

"Encik oh.." kata taufan di sebelah hali membuatkan hali melihat ke arah taufan.

"Oh,kamu siapa?" Tanya lelaki tua itu atau nama panggilannya Encik Oh.

"Dan..kenapa mata kamu.." kata Encik Oh terkejut melihat mata Hali yang berlainan warna itu.

"Sa-"

"Jangan bagi tau dia hal sebenar. Bagi tau dia kau kawan aku."

Kata2 hali terus terhenti takala Tuafan memotongnya. Hali pun terdiam sekejap lalu berkata lagi. "Saya kawan taufan,nama saya Haliko Sakura" kata hali lalu menundukkan kepalanya tanda hormat.

Terlihat Encik Oh yang sangat terkejut apabila mendengar kata2 hali tadi,mungkin kerana dah lama tak ada yang melawat taufan.

--

"Maafkan Saya tentang tadi. Memang agak lama tak ada pelawat selama tiga tahun tuan muda koma. Saya tak sangkah akhirnya ada juga yang melawat dia" kata Encik Oh lalu tersenyum ke arah hali. Mereka sekarang tengah duduk di sofa dalam bilik sakit itu.

Encik Oh pun melihat ke arah tubuh kaku yang terbaring di katil itu,terlibat di wajahnya jelas kesedihan di situ. "Saya pun tak tau bila Tuan muda akan sedarkan diri dia,saya hanya mampu datang melawat dia dan terus buatnya selama tiga tahun ini."

Hali hanya terdiam lalu menoleh sama melihat ke arah tubuh kaku itu. "Terima kasih lah cik sebab datang melawat tuan muda." Kata pakcik itu lalu tersenyum melihat ke arah hali,hali membalas senyuman itu.

"Tak apa pakcik,saya pun Nak minta maaf sebab sekarang baru melawat dia. Saya akan datang minggu depan lagi." Kata hali membuatkan Encik Oh terus sedih. Hali yang perasan akan berubahan wajah Encik Oh terus bertanya "kenapa pakcik?"

"Sebenarnya cik,saya dah merancang Nak pindahkan Tuan muda ke hospital di Amerika. " mendengar sahaja kata2 encik oh terus membuatkan taufan yang duduk di sebelah hali terkejut beruk.

"Pindah?!"

"Pi-pindah?" Kata hali dan taufan serentak. "Ya cik,Besok kami pindahkan Tuan Muda. Ini pun kerana perubatan di Hospital ini tidak terlalu bagus jadi kami terpaksa membawanya ke luar negara."

Seketika hali terdiam,dengan pelan dia menoleh ke arah Tuafan yang melihat ke arah encik oh,tak percaya. Hali pun memandang ke arah Encik Oh lalu tersenyum "baiklah Kalau macam tu tapi boleh tak Pakcik tunaikan satu permintaan saya?"

Encik oh termasuk taufan pun melihat ke arah hali,menunggu permintaan apa yang hali inginkan. Hali pun menoleh ke arah tubuh kaku di sana lalu melihat bunga Telang yang segar di situ. "Boleh tak pakcik bawa sekali bunga Telang tu,Taufan dulu selalu bagi tahu saya yang dia sukakan bunga Telang jadi saya harap pakcik boleh gantikan bunga telang itu bila bunga itu mula layu."

Encik Oh pun tersenyum apabila mendengar permintaan dari hali. "Boleh cik,saya akan gantikan setiap minggu. Cik jangan risau"

"Baguslah" kata hali lalu tersenyum nipis,Taufan yang berada di sebelah hali pun melihat ke arah hali dengan tatapan yang sukar untuk di tafsirkan.

"Baiklah pakcik,saya pergi dulu. Selamat tinggal" kata hali sambil berdiri lalu menundukkan badannya dan terus beredar dari situ.
--

"Taufan" "lili-chan"

Panggil mereka serentak,mereka pun berpandangan sekejap sebelum hali berkata lagi. "Cakap lah." Kata hali lalu berjalan mendahului taufan. Mereka sekarang dalam perjalanan menuju ke rumah.

"Terima kasih"

"Untuk?"

"Sebab suruh encik oh jaga dan gantikan bunga Telang tu."

"Bukan kah kau memang suka bunga tu,aku hanya suruh dia sebab tu bunga kegemaran kau." Kata hali,terlihat mereka berjalan di depan sekolah hali,melimpas bangunan usang di sebelah sekolah itu.

"Taufan" panggil hali membuatkan yang berjalan di sebelahnya menoleh.

"Ya?"

"Kalau tubuh kau di pindahkan..kau akan ikut sekali ke?"

"Tak lah" kata taufan membuatkan hali melihat ke arahnya,pelik.

"Kenapa?"

"Walaupun tubuh kami berada jauh dari kami tetapi kami tak boleh ikut nya sebab roh hanya terikat dekat tempat mereka kemalangan." Kata taufan lalu tersenyum ke arah hali membuatkan hali terasa...lega?

"Oh,baguslah" kata hali perlahan. "Erm? Apa dia?" Kata taufan tidak dengar.

"Eh?t-tak ada lah Ehem."

Taufan pun mengukirkan senyuman lalu meletakan kedua-dua tangan nya di belakang kepala. "Lili-chan jangan risau,aku tak akan tinggal Kan lili-chan sampai aku sedar. Jadi sampai saat tu tiba,aku akan sentiasa bersama lili-chan" kata taufan membuatkan pipi hali bertukar merah.

"////O-okey///"

"Hahaha,kenapa pipi lili-chan merah?malu Eh?"

"Ma-mana ada lah isss"

"Lili-chan tunggu! Haha"
















"Mama?" Panggil seorang budak kecil bermata merah terang,dia tersenyum melihat hali dan taufan yang berjalan semakin jauh dari bangunan usang dia berada.


















[TBC]

OUR MEMORIES {✓}Donde viven las historias. Descúbrelo ahora