•Episod 24•

549 63 7
                                    

[credit: yukiredmix] {Instagram}👆🏻
———————————————————————

Shiuh~ shiuh~

Bunyi yang terhasil dari ayunan di taman itu apabila angin meniup lembut di situ,taman yang kelihatan kosong itu kelihatan suram disebabkan hari yang semakin gelap

"Lalala~" kelihatan seorang gadis kecil sedang menyanyi kecil sambil menconteng sesuatu di tanah mengunakan kayu

"Seekor labah-labah,cuba panjang perigi~" nyanyinya sambil melukis labah-labah di tanah

"Erm?"

Pergerakkannya terus terhenti apabila dia melihat tapak kasut seseorang di depannya,pun mendongak untuk melihat siapakah orang itu

Muka comelnya terus memandang geram siapakah orang itu

"Fa! Apa ni! Kau dah rosakkan lukisan aku" kata gadis kecil itu lalu berdiri

Lelaki bernama 'Fa' itu pun ketawa kecil lalu mengundur dan melihat lukisan yang dia pijak itu

"Ni kau panggil lukisan,huh hodohnya" kata Fa dengan nada mengejek

"Mana ada! Cantiklah" kata gadis kecil itu sedih lalu membetulkan semula lukisannya

Fa pun melihat kejap gadis kecil itu lalu turut sama membongkok

"Lily-chan" panggil Fa membuatkan gadis kecil bernama 'Lily-chan' itu melihat ke arahnya

"Apa?"

"Betul ke kau dan Lar nak pindah?"

Lily diam lalu melihat ke arah Fa kembali

"Ya,kenapa? Kau mesti suka kan? Huh!" Kata Lily lalu berdiri dan menepuk-nepuk tangannya yang kotor

Fa diam membuatkan Lily memandangnya pelik

"Hey apa korang buat kat situ. Oh korang dating eh"

Satu suara membuatkan kedua-duanya menoleh

"Ish mana ada lah,apa kau ni Lar!" Kata Lily geram membuatkan budak lelaki bernama 'Lar' ketawa

"Haha,ya lah sorry." Kata Lar lalu meletakkan satu tangannya di kepala

"Oh ya Fa,kau dah dengar kan yang kami nak pindah?" Kata Lar ke arah Fa

"Hah? Oh ya,korang dua nak pindah ke mana?

"ke KL"

"Oh...Erm,baguslah" kata Fa tersenyum nipis

"Belajar rajin-rajin kat sana,korang tu kecik lagi..baru darjah 5,aku dah form 1 tau" kata Fa dengan bangganya

"Ele huh" kata Lily tak puas hati

"Hihi,baiklah abang" kata Lar mengangkat tangannya ke kening tanda hormat

"Bagus-bagus" kata Fa ketawa

"Hahahaha"

————

"Bye Fa,kalau ada masa kami datang ke sini balik" kata Lily lalu melambai,di sebelahnya terdapat Lar yang juga melambai

"Janji tau" kata Fa sedih

Lily dan Lar pun mengangguk lalu terus kereta api itu bergerak meninggalkan stesen itu

Fa memandang sedih kereta api yang semakin menjauh darinya dan dia pun terus mengelap air mata yang jatuh di pipinya

"Jumpa lagi" kata Fa tersenyum sedih

[Flashback end]

Taufan memandang kosong landasan kereta api di depannya itu

"Penipu" katanya lalu tersenyum sedih

"Lily-chan..." Taufan diam apabila teringat kawan waktu kecilnya

Dia mengeluh kesal lalu memegang kepalanya dan mengusap kasar rambutnya sehingga kusut

"Siapa kau? Kenapa aku tak boleh ingat nama sebenar kau?" Kata Taufan geram

"Apa kau..apa Haliko..apa itu dia?..."Kata Taufan sedih

"Kenapa dengan aku ni!! Kenapa aku tak boleh ingat masa lalu aku" teriak Taufan kuat sehingga membuatkan lampu-lampu di stesen itu berkelip-kelip

"Kenapa ingatan aku bertaburan?..siapa aku?..betulkah nama aku taufan?..."

"Tapi kenapa...mereka panggil aku Fa?"

"Kenapa aku ni..." Taufan pun lalu duduk di situ dan terus menutup mukanya

"Maafkan aku Haliko..maafkan aku sebab tipu kau..tentang macam mana aku boleh koma.."

"Aku..."

"Aku pun tak tahu penyebabnya..."

"Aku bahkan tak tahu siapa aku..."

Taufan pun membuka matanya lalu diam di situ dan terus baring di stesen itu

Memandang kosong bintang yang kelihatan bersinar di atas langit

—————
————
———
——

Taufan memandang lama lelaki berbaju putih berjalur kuning yang sedang menatap Hali itu

"Jom balik Hali"

"Kau balik lah dulu,aku nak di sini lagi"

"Baiklah kalau macam tu"

Taufan terus memandang Hali pelik lalu kembali memandang lelaki di hujung sana itu

"Lily-chan,kenapa tak balik lagi?Lily-chan masih sedih ke?"

Hali memandang taufan sekejap lalu memandang Gemri dan terus memandang tajam lelaki di hujung sana

"Aku tunggu Gemri pergi dulu"

"Sebab aku tak nak dia nampak lelaki di tepi aku itu"

Taufan pun terus memandang lelaki itu lama

"Lily-chan...kenal ke dia?" Masih memandang lelaki itu

"Nama dia Solar,kawan tak guna aku"

Sebaik sahaja Taufan mendengar nama itu keluar dari bibir Hali terus terlintas satu wajah budak lelaki

Terasa bagaikan dunia terhenti di situ membuatkan Taufan terus memandang Hali dan Solar bersilang ganti

"So...Lar?"

—————

"Kalau betul kau rasa bersalah dengan semua yang kau buat"

"Jadi tunjuk kan lah pada aku yang kau betul-betul rasa bersalah"

"Aku tak nak di khianati lagi,itu menyakitkan" Taufan diam melihat Hali yang memusingkan badannya dan terus pergi meninggalkan Solar di situ

"Lily-chan.."

Taufan pun melayang ke arah Hali dan dia berhenti untuk melihat ke arah Solar

"Maafkan aku..."

Itulah yang Taufan dengar sebelum dia melihat Solar turut memusingkan badannya ke arah berlawanan dengan Hali

Taufan pun memandang Hali dan Solar siling ganti

"Kenapa...aku rasa sedih?.."

"Lar...Lily-chan..kalau betul itu kamu berdua..." kata Taufan memandang Solar dan Hali sedih

"Aku minta maaf...."

[TBC]

OUR MEMORIES {✓}Where stories live. Discover now