•Episod 21•

535 77 8
                                    

"Hahhh..hahhh..hahh"

Hali menunduk lalu memegang lututnya dan terus mengambil nafas sebanyak mungkin

Dia menutup matanya cuba mengatur nafasnya yang mula tak teratur,keringat mula mengalir perlahan di dahi tetapi dengan pantas dia mengelap

"Fuhh.." apabila dia merasa dirinya dah stabil barulah dia berdiri tegak dan terus memandang ke arah bangunan lama di hadapannya itu

Sesekali dia membetulkan rambut panjangnya yang sedikit kusut itu lalu matanya meliar mencari sesuatu dan dia terus berjalan masuk ke dalam

"Lily-chan,kau tengah cari apa?"

Pertanyaan dari Taufan hanya di biarkan sepi membuatkan Taufan menjadi kesal

"Lily-chan,Hua kenapa tak layan ak-"

Kata-kata Taufan terus terhenti apabila Hali tiba-tiba menghentikan langkahnya

"Di situ pun kau,Vill" kata Hali seperti bercakap dengan seseorang

Taufan pun lalu melayang ke atas untuk melihat dengan siapa kah Hali bercakap dan dia terkejut kerana orang itu adalah

"Eh,budak"

Budak hantu itu

"Oh,mama!~" teriak budak itu dengan gembira lalu keluar dari semak dan terus berlari ke arah Hali

Hali pun membongkok lalu memeluk budak itu dan itu membuatkan Taufan terkejut.

"Maaf,maaf sebab lambat datang" kata Hali tiba-tiba semakin erat memeluk budak hantu itu,tidak dia perduli akan kesan luka-luka yang ada di tubuh budak itu

Hali melepaskan pelukannya lalu mengusap perlahan wajah budak itu

"Anak mama,maaf sebab....maaf lambat..." kata Hali dengan suara serak

Kelihatan budak hantu itu terkejut dengan kelakuan tiba-tiba dari Hali,Hali pun mengangkatnya dan memeluknya lagi

"Pergilah dengan tenang" kata Hali tiba-tiba membuatkan Budak itu tersenyum

Tiba-tiba kelihatan cahaya keluar dari tubuh budak itu lalu mula bertukar menjadi debu dan terbang berlahan-lahan,mengikuti angin pada malam itu

Keadaan sunyi sebentar sebelum Hali mengelap air matanya dan terus menghadap ke arah Taufan sambil tersenyum nipis

"Apa..apa dah jadi. Kejap,tadi kat bilik kau cakap kau dah tahu kan kenapa budak tu mati?"

Hali mengangguk lalu berjalan keluar dari bangunan itu

"Dia seorang budak berumur 5 tahun bernama Vill. Mayatnya di temui mati di sebalik semak bangunan lama ni,semak yang budak tu duduk tadi. Orang cakap budak tu sebenarnya anak yatim piatu dan telah di jaga oleh mak tirinya,tapi mak tirinya..dah buang dia jadi...sebab tu,dia mati"

"Mungkin juga dia belum pergi sebab dia perlukan kasih sayang dari seorang ibu sebab tu lah kenapa dia terus menerus ikut aku"

"Tapi lily-chan..kenapa dia hanya ikut kau?"

Hali menghentikan langkahnya lalu mengeluarkan telefon pintar dan terus tunjukkannya kenapa Taufan

"Sebab,wajah mak tiri dia seiras dengan aku"

"Hua,cantik macam lily-chan" kata Taufan tersenyum manis

"Ehem,merepek lah kau. Dah lah jom balik" kata Hali memegang pipinya malu

Mereka pun meneruskan perjalanan mereka ke rumah Tok aba kembali

————

[Perhatian kepada semua para penumpang,kereta api yang akan bertolak ke Pulau Rintis akan tiba sebentar lagi.]

OUR MEMORIES {✓}Where stories live. Discover now