•Episod 27•

538 68 24
                                    

Hali memandang Solar hairan

"O..keyy" kata Hali lalu meneruskan langkahnya

Solar pun berjalan di sebelah Hali

"Kau tak mahu tanya ke kenapa?"

"Buat apa? Mungkin kau akan cakap sebab aku pelik"

Solar diam sekejap

"Haha..Erm ya,bijak juga kau" kata Solar menggaru kepalanya yang sebenarnya tidak gatal pun -,-

"Oh,aku akan anggap tu sindiran dari kau" kata Hali lalu berjalan laju

"Hey tunggu lah"

Hali pun memperlahankan langkahnya tanda dia menunggu Solar

Keadaan sunyi di antara mereka tiga

Tapi tak lama lepas itu,Solar pun bersuara lagi

"Jadi Erm..siapa nama kawan hantu kau tu" kata Solar menunjuk perlahan minuman yang terapung di sebelah Hali

Hali diam sekejap lalu tersenyum sinis

"Entahlah,dia tak boleh bercakap sebab mulut dia terkonyak" kata Hali membuatkan Taufan memandangnya terkejut

"Apa ni Lily-chan!"

Solar diam lalu memandang ngeri ke arah minuman terapung itu

"Ouwh..okey..."

Hali ketawa kecil lalu memandang Taufanyang memandangnya kesal

"Aku gurau je,nama dia Taufan dan rupa dia macam manusia normal" kata Hali pada akhirnya

"Kau pun Taufan,jangan lah merajuk lagi" kata Hali dan Taufan masih memandangnya kesal

Solar mengeluh lega lalu memandang sesaat minuman terapung itu

Keadaan kembali sunyi sebelum mereka akhirnya sampai di rumah Tok Aba

————

"Ahak ahak ahak!"

Habuk di merata tempat membuatkan Hali dan Solar terus terbatuk-batuk

"Berapa lama lah stor ni tak di bersihkan?" Tanya Hali mengangkat satu-persatu kotak di situ

"Entahlah,mungkin dah bertahun lamanya" balas Solar mengangkat barang di almari itu

Taufan pun turut membantu dengan membawa turun barang yang berada di tempat tinggi

Tiba-tiba,barang di tangan Taufan terlepas lalu jatuh ke bawa..di mana Hali berada

"Lily-chan!"

Hali pun melihat ke atas dan terkejut lalu menutup matanya kuat

Bruk!

"Eh..aku tak rasa apa-apa pun?.." bisik hati Hali lalu membuka matanya

Mata merah/hitamnya terus bertembung dengan mata emas Solar

Hali pun diam dan sedar dia berada di dekapan Solar

Solar menarik Hali menjauh sebelum kotak itu menghempapnya

"Kau tak apa-apa" kata Solar risau

"Ha-Hah? Oh,ya..aku okey" kata Hali masih terkejut

Tiba-tiba satu tangan menarik kasar Hali membuatkan Hali terus terlepas di dekapan Solar

Solar yang melihatnya pun diam tanda terkejut

"Aduh,Taufan sakit lah kau tarik" kata Hali

Taufan hanya melihat ke arah lain membuatkan Hali memandangnya pelik

"Kenapa ni? Merajuk lagi. Pelik lah kau ni,apa aku buat salah?" Tanya Hali kesal

"Hey! Aduh keluar pula dia" kata Hali lalu mengejar Taufan,meninggalkan Solar sendirian di stor

Taufan yang dah sampai di taman pun mengeluh sedih lalu duduk di salah satu bangku di situ

Tak lama lepas itu dia pun baring,memandang langit yang kelihatan mendung

Semendung hatinya sekarang ini

"Taufan!"

Taufan menoleh dan terkejut melihat Hali yang kepenatan mengejarnya tadi

Dia terus bangun apabila Hali berjalan ke arahnya

Hali pun menarik dan menghembus nafasnya,cuba mengatur nafasnya yang sedikit bertaburan itu

Tak lama lepas itu,barulah dia tenang

"Kenapa kau ni? Perangai kau pelik sejak di kedai Tok Aba tau" kata Hali memandang tepat ke arah mata Taufan

"Tak adalah..aku cuma malas nak kemas stor tu" kata Taufan tidak melihat Hali

"Hish,kau ni..pemalas betul" kata Hali lalu duduk di sebelah Taufan

Taufan diam tidak menjawab

"Lily-chan" panggil Taufan setelah berdiam lama

Hali memandang ke arahnya tanda dia mendengar

"Kau anggap aku selama ini sebagai apa?"

Hali diam memikirkan tentang soalan Taufan itu

"Sebagai hantu yang menyebalkan,pemalas dan bising bahkan suka buat orang marah dan kesal" kata Hali membuatkan Taufan mengeluh

"Tak,bukan tu maksud aku"

"Habis tu?"

"Maksud aku" lalu menghadap ke arah Hali

"Selama ni,kau anggap aku sebagai apa di mata kau..kalau..aku adalah manusia"

Hali diam sekali lagi,cuba memproses kata-kata Taufan

Dan tak lama lepas itu,kelihatan pipi Hali kemerahan

"A-apa soalan kau ni. Kejap..ermm..." Hali terus membelakangi Taufan,berfikir sekali lagi

Taufan pun memandang Hali sedih seperti tahu apa jawapan Hali

"Tak apa lah..rasanya kau hanya anggap aku sebagai hantu yang menyebalkan" kata Taufan dan terus berdiri dan Hali pun turut sama berdiri

"Apa? Keja-"

"Lily-chan..apa kau suka Solar?"

Keadaan senyap seketika sebelum Hali memandang Taufan kesal

"Apa kau merepek ni? Buat apa aku nak suka orang tak guna macam dia?"

"Jadi" lalu memegang kedua-dua bahu Taufan

"Siapa yang kau suka?"

"A-apa?..aku tak suka siapa-siapa lah" kata Hali lalu menolak Taufan dan terus melihat ke arah lain

"Kalau macam tu..boleh tak kau sukakan aku?" Kata Taufan tiba-tiba membuatkan Hali terus memandangnya

"Apa?"

"Aku..dah lama sukakan kau sebenarnya..cuma aku takut,kau akan menjauh bila sedar aku sukakan kau"

"Tapi,sekarang aku ada sedikit keberanian jadi akan ku katakan sekali sahaja dan aku harap kau faham"

"Lily-chan,apa kau...mahu sukakan aku?"

"Kalau kau katakan 'tak mahu' ,jadi tolong benarkan aku buat kau katakan 'mahu' " lalu menyentuh perlahan kedua-dua tangan Hali

Mereka pun berpandangan sesama sendiri membuatkan Hali menjadi tergamam

"Boleh tak? Lily-chan?"

[TBC]

Khu khu khu,apakah jawapan Hali agaknya guys?

Kalau korang tak faham ayat Taufan tu boleh tanya aku dan akan ku jelaskan

OUR MEMORIES {✓}Where stories live. Discover now