•Episod 35•

521 65 9
                                    

Taufan pov

Bam!

Aku yang sedang duduk di atas atap rumah Haliko pun terus terbangun apabila mendengar bunyi pintu di tutup

Aku lalu terbang perlahan untuk melihat siapakah yang menutup pintu itu dan terkejut melihat Haliko berlari keluar dari kawasan rumah

"Kemana Lily-chan nak pergi tu" kata ku pada diriku sendiri apabila melihat dia semakin jauh berlari menuju ke sesuatu tempat

Aku pun terbang mengikutinya dalam diam,ingin tahu ke mana kah dia pergi

Langkah Haliko terhenti membuatkan aku turut berhenti

Sekolah?

Kenapa dia ke sini?

Aku pun mengikuti dia masuk ke dalam

"Taufan?"

Aku diam melihat Haliko membuka pintu kelas sambil memanggil nama ku

Jadi...dia mencari aku..

Ku lihat dia mengeluh sedih lalu berjalan ke bawa dan aku terus mengikuti dia dalam diam

"Taufan?"

Di makmal

Lalu...

"Taufan!"

Di taman

Aku memandang sedih Haliko

Suaranya bergema kuat di seluruh taman yang kosong itu

Maafkan aku Lily-chan..aku tak sanggup nak tunjukan diri aku

"Taufan...." kata Hali dengan suara yang serak

"Aku mohon jangan tinggalkan aku...." katanya lagi membuatkan aku menjadi semakin sedih

"Hisk..keluarlah...Taufan..." tangisnya membuatkan aku yang menyorok di sebalik pohon terus memusingkan badan mahu melihatnya

"Taufan!" Jeritnya kuat lalu berlari mencariku satu taman

Aku pun kembali menyorok di sebalik pohon

Maafkan aku Lily-chan..maaf sangat..aku tak sanggup..sangat tak sanggup untuk tunjukkan diri aku..

Tak lama lepas itu,aku pun melihat Haliko berjalan keluar dari taman dengan langkah yang lemah

Seperti tadi,aku mengikutinya dalam diam

Jangan risau Haliko..walaupun aku tak tunjukkan diri aku,aku akan sentiasa berada di dekat kau

"Lepaskan! Siapa kamu ni! Argh!! Tolong!!"

Deg

Aku terus terbang laju menuju ke luar taman

Aku kenal suara tu,tu suara Haliko!

Aku terus terkejut apabila melihat Haliko yang sudah pengsan akibat menghidu ubat tidur yang lelaki tidak dikenali itu beri

Dua orang lelaki itu pun mengangkat Haliko membuatkan aku terus terbang ke arah mereka

"Tidak! Haliko!"

Tetapi malang...kereta itu sudah berjalan laju pergi meninggalkan aku

"Haliko...tak..."

[End Taufan pov]

————
————
————
————

[Hali pov]

Aku pun membuka mataku dan terus melihat sekeliling ku yang kelihatan kabur sedikit

OUR MEMORIES {✓}Where stories live. Discover now