•Episod 22•

555 71 5
                                    

Ting!!!

Bunyi kereta api yang lalu di stesen itu membuatkan kedua-dua orang yang saling berpandangan terus tersedar dan serta merta kedua-duanya mengalihkan pandangan mereka

Hali mengeluh kuat sebelum memusingkan badannya dan terus pergi dari situ diikuti dengan Taufan yang sempat menoleh

Memandang Solar yang masih melihat Hali

"Lily-chan"

Seperti hari itu,panggilannya hanya di biarkan sepi

"Lily-chan..."

Taufan mengeluh apabila melihat Hali yang semakin jauh darinya

"Haliko"

Panggil Taufan melayang laju ke arah Hali membuatkan Hali menghentikan langkahnya

"Kenapa ni?masih sedih sebab kawan kau pergi ke?" Hali menggelengkan kepala

"Atau...sebab lelaki di stesen tu ke?"

Hali diam,tidak menggeleng tidak juga mengangguk

"Entah lah" kata Hali perlahan lalu meneruskan langkahnya

Hali menggengam kuat tangannya,rasa benci geram dan binggung bercampur baur pada saat itu

Geram dan benci melihat wajah Solar dan binggung kenapa dia datang ke sini? Setelah apa...

Yang...

"Pergi kau!"

Dia lakukan....

Hali mengeluh perlahan,tak ada apa yang boleh dia buat. Sebab tempat ini juga merupakan tempat tinggal Solar

Tempat tinggal waktu kecil mereka berdua..

di mana..mereka bertemu

Sebenarnya dari mula lagi dia tak mahu pulang ke sini

Datang ke sini hanya buat dia rasa teringat pada Solar...

"Jangan risau Lily,aku ada"

"Kita kawan,sampai bila-bila"

Penipu...

"Lily"

Deg

Langkahnya serta merta terhenti apabila suara itu kedengaran di telinganya,terasa jantungnya bagai nak terhenti apabila dia mendengar bunyi tapak kaki menghampirinya

Dia menoleh dan serta merta mata hitam/merahnya bertembung dengan mata emas lelaki di depannya

Solar

Satu nama yang terbit di mindanya apabila melihat lelaki bermata emas itu

Solar membuka earphone di telinganya lalu tersenyum nipis tetapi senyumannya hanya di sambut dengan tatapan dingin dari Hali

"Lama ta-"

"Kenapa kau datang ke sini?" Kata Hali memintas percakapan Solar

Taufan yang berada di sebelah Hali terus menunjuk ke atap lalu berkata

"Aku akan ke sana" lalu terbang ke atas

"Setelah apa yang kau buat,setelah apa yang kau buat pada aku..kau masih berani,berani tunjukkan diri kau?!"Kata Hali dengan suara yang kuat,suaranya kedengaran di jalan raya yang sedikit sunyi itu

"Aku pun tak nak datang ke sini Lily,tapi ibu aku paksa aku" kata Solar mengeluh lalu mengangkat kedua-dua tangannya

"Baliklah,kau boleh bukan berbincang dengan ibu kau? Bukan kah kau jijik tengok aku" kata Hali sedikit sinis

OUR MEMORIES {✓}Where stories live. Discover now