•Episod 18•

556 74 0
                                    

"Jadi kau dah jumpa ke kes baru? Kalau tak jangan cari aku" kata blaze sambil memakan keropok nya.

"Huh! tak ingin aku cari abang,Hei tu keropok aku lah,bagi balik!"

"Haihh,kamu ni tak serik2 lagi. Aku dengan hali pun dah serik tengok kamu gaduh. Kan hali?"

"Haha" hali hanya ketawa kecil melihat tingkah laku lucu kawan2nya itu. Dia pun kembali kerja sekolahnya itu. Terlihat Taufan di sebelahnya sedang termenung sambil meminum minumannya.

Sekarang ni mereka sedang membuatkan kerja sekolah di taman sekolah,jam menunjukkan waktu persekolahan sudah lama berakhir.

"Abang ni memang suka cari pasal dengan Ailsa Kan?!"

"Eh aku pula kau--"

Masih terdengar lagi pergaduhan di antara kembar berlainan jantina itu tetapi hali memilih untuk mengabaikannya kerana dia tau gemri akan menghentikan pergaduhan mereka itu.

"Dah2 lah tu! Aku ikat kang kembar ni!"

Seperti jangkaannya gemri berhasil menghentikan pergaduhan dua kembar itu.

"Lili-chan" panggil Taufan dan hali hanya mengumam menandakan dia mendengar. Taufan pun meletakan tangan nya di dagu lalu kembali meneruskan ayatnya "aku tak tau lah ni firasat aku atau tak tapi.." Taufan pun menghentikan percakapannya membuatkan hali yang berada di sebelahnya menoleh,menunggu taufan bercakap lagi.

"Aku rasa ada orang perhatikan kita dari tadi lah lili-chan,rasanya dia ikut kita dari Kemarin." Kata taufan perlahan lalu menunjuk semak di depan mereka. Hali pun mengikut arah tunjuk taufan dan terlihat seorang budak kecil menyorok di sebalik semak itu,budak itu terlihat malu2 dan kelabah apabila hali melihat ke arahnya.

"Seorang budak. Comel" kata hali tersenyum,dia tidak terlalu nampak wajah budak itu kerana budak itu bersembunyi di sebalik semak.

Hali pun berdiri lalu berjalan ke arah semak di mana budak kecil itu ada,taufan yang berada di sebelahnya terkejut.

"Hey lili-chan tunggu! Kau tak tau..itu apa..." kata taufan semakin kecil percakapannya,dengan cepat dia mengikuti langkah hali ke arah semak itu.

"Hali,apa kau buat tu?" Tanya gemri pelik melihat hali yang berjalan ke arah semak di sana. "Nah,biarlah dia. Kita mana nampak apa yang dia nampak." Kata blaze lalu memakan keropok(adik)nya.

Hali pun membongkok Kan badannya dan terlihat budak kecil itu semakin menyembunyikan badannya,mungkin takut atau malu. "Hey adik,kenapa ni?" Kata hali. "Mari sini." Kata hali lagi dan terlihat budak kecil itu terus keluar dari situ.

Deg

Hali cepat2 mengundur ke belakang takala dia melihat wajah budak itu. Sebelah mata budak itu berkurap begitu juga dengan tangan dan kakinya,baju yang koyak. "Arghhh!" Teriak hali lalu terjatuh di situ.

"Hali kenapa tu!" Terkejut gemri melihat hali yang teriak Tiba2 di situ. Hali pun berdiri lalu menoleh ke arah kawannya. "T-tak ada lah Haha."

"Ouh,Oke" kata gemri masih risau.

"Kan aku dah cakap,dia ni bukan manusia" kata taufan menahan ketawa melihat hali yang terjatuh tadi. Hali memandang tajam taufan "kau mana ada bagi tau aku!"

"Mama?" Hali pun memaling wajahnya dan melihat budak kecil itu. "Dia panggil aku mama..." terkejut hali mendengarnya,budak kecil itu pun melangkah ke depan,ingin memeluknya tetapi hali cepat2 mengundur membuatkan budak tu berhenti.

"Hahahahahah mama? Dia panggil kau mama HAHAHA"

"Di-diam lah kau,Hiss" marah hali lalu dia pun kembali melihat ke arah budak hantu di depannya ini. "Er,adik rasanya dah salah orang. Saya bukan mama adik." Kata hali masih menjaga jaraknya,sejujurnya dia masih lagi tidak biasa melihat hantu yang berwujud seperti budak ini,di penuhi kurap dan darah.

"Mama..Erghh Hiskk wuaa!"

"Eh!" Terkejut hali kerana budak kecil itu Tiba2 menangis. "Ehh,ja-jangan lah nangis. Taufan tolong aku" kata hali mula gelabah,dia masih teragak-agak untuk menyentuh budak itu.

Taufan pun dengan selambanya memegang lembut rambut budak itu lalu mengusapnya "dah budak jangan nangis" serta merta budak itu berhenti nangis,dia pun memegang tangan taufan. "Pandai juga kau pujuk"

Hali melihat ke arah budak di depannya ini "kenapa dia panggil aku mama?"

"Mungkin rupa kau sama dengan mak dia kot"

"Pandailah kau.dah,Jom lah balik. Kau Nak bawa budak ni ke?" Tanya hali dan taufan pun menganggukkan kepala. "Hahh,suka hati lah. Jom"

--
--
Malam

Klak

Selesai sahaja hali mandi dia pun menyisir rambutnya lalu duduk di katilnya.

"Mana budak tu?" Tanya hali pada taufan yang duduk bersilang di depannya. "Kat bawa,dia tak Nak masuk"

"Oh,dia...memang dah mati ke?" Tanya hali kepada taufan dan taufan pun menganggukkan kepalanya. "Ya,rasanya budak tu baru lima tahun. Kesiannya,muda2 dah mati."

"Tapi kenapa dia masih di sini,kenapa dia tak pergi?" Mendengar pertanyaan hali taufan pun menjawab

"Selalunya budak kecil macam tu dia tak pergi lagi sebab dia inginkan sesuatu,entah apa tu tapi selagi dia tak buat atau tak dapat,dia tak akan pergi."

"Kalau dia Nak sesuatu kenapa dia ikut aku?dan panggil aku mama?" Kata hali blur dan taufan pun tersenyum kecil di situ. "Aku pun tak pasti"

--

"Mama.."bisik hati budak kecil itu sambil melihat ke arah bilik hali yang dah tertutup lampunya,mungkin kerana dia dah masuk tidur. Budak itu pun tersenyum kecil lalu duduk di tepi pagar,menunggu hali untuk keluar.

[TBC]

OUR MEMORIES {✓}Where stories live. Discover now