Pesan Muwaqqit - Tunas Cipta November 2019

186 19 0
                                    

Pesan Muwaqqit

Telah tertulis pesanannya
pada kitab berkurun lama,
mengubah dunia jelajah angkasa,
kerana model Utarid yang dibina
bertepatan cerapan nyata
model antronomi ahli Ptolemy.

Ibn al-Shatir dari Syria,
tokoh Islam zaman gemilang
perkembangan ilmu menjadi keutamaan
titik takwa dan peradaban,
sebagai pengajaran kita ambil panduan
sebati jiwa tanpa keraguan,
gigih usaha tangga kejayaan,
tidak bergantung kepada penindasan.

Nihayat al-Sul Di Tasbih al-Usul,
adalah karya menjadi pegangan,
dikenang sebagai sumber rujukan,
kini menginsafi diri,
kita pewaris ketamadunan.

Zamhari Bakti
2.3.2019
Kota Samarahan

***

Puisi ini disiarkan dalam Tunas Cipta November 2019.

Dapatkan majalah-majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini di kedai buku berhampiran.

Kemaskini 30.10.2019

[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019Where stories live. Discover now