Puisi-puisi Sains #Wattys2019
Santan
Segar santan menjadi masakan,
dalam resipi warisan Melayu
tersirat khasiat belum diterokai,
mengapa sangsi bakti bersemi,
bangsa sendiri?Sedangkan asid lemak tepu,
sekadar rantaian sederhana
punyai kebaikan kepada pengguna.Asid laurik dalam kelapa
kurangkan risiko penyakit berbahaya,
jantung, strok, obesiti dan darah tinggi,
berupaya dihindari.Bebas laktosa ciri tersendiri,
pilihan yang alah dan juga vegan,
nikmati nutrisi vitamin dan serat tinggi,
masihkah bertanya kita,
masihkah meragui produk dalam negeri?Tingkatkan ilmu, hindarkan ragu
kajian murni baktikan diri
warnai alam nusantara dengan fakta
bukan syak wasangka.Zamhari Bakti
Kota Samarahan
4.1.2020
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...