Daerah Epilepsi

63 7 0
                                    

Daerah Epilepsi

Masih lagi samar
dibayangi kabus ragu
tentang daerah epilepsi
yang menyentap neuron
membikin gegar kepala
membikin gempa raga.

Masih lagi mencari
solusi rapat bakti
kerana AED
tidak benar-benar mengubati,
sekadar mengurang menjadi.

Kembali kini
pilihan nusantara cari herbalisasi
moga jaya pasti.

Zamhari Bakti
10.3.2019
Kota Samarahan

Epilepsi atau sawan ialah penyakit neurologi yang serius. Sebanyak satu peratus daripada jumlah populasi manusia mungkin mengalami simptom penyakit ini. Epilepsi ialah penyakit yang disebabkan oleh ketidakseimbangan bahan kimia di dalam otak. Ketidakseimbangan ini pula berlaku disebabkan oleh pengkaji dan neuron yang tidak terkawal. Selain itu, epilepsi berlaku apabila otak mengalami gangguan isyarat elektrik.

- petikan daripada rencana bertajuk Epilepsi in Vivo, Nur Wan Roslina Wan Yusof, ms 28 Dewan Kosmik Bil. 1 2018

[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum