Assalamualaikum. Salam sejahtera.
Terima kasih kepada pembaca kumpulan puisi ini. Saya hendak menutup siaran Puisi-puisi Sains di Wattpad untuk mula mengumpulnya menjadi manuskrip buku puisi pula.
Sasaran saya adalah 100 puisi sains hingga akhir tahun 2020. Kalau ada rezeki, saya cuba hantar untuk penilaian pada tahun 2021 pula.
Sebenarnya banyak lagi yang boleh ditulis. Namun begitu disebabkan suasana COVID-19 yang melanda semua, mood penulisan sangat-sangat tertumpu kepada wabak ini hingga mengurangkan kreativiti penulisan dalam perkara yang lain.
Semoga wabak ini segera hilang dan kita pulih semuanya.
Amin.
Zamhari Bakti
Kota Samarahan
8.4.2020
KAMU SEDANG MEMBACA
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PuisiPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...