Lubang Hitam
Kau menyimpan misteri alam,
melatari enigma kosmologi,
menjadi perangkap masa
yang merona duga.Apakah kau sebenarnya
pintu menuju
semesta seterusnya?Apakah kau sebenarnya
memerangkap laluan
para malaikat cahaya?Apakah lagi sebenarnya?
Zamhari Bakti
18.4.2019
Kota Samarahan
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...