Puisi-puisi Sains
~ Wattpad #Wattys2019 ~
Belajar Bermain
Telah kita berubah zaman,
kini tibanya generasi
celik peranti pintar,
kuasai hari di hujung jari,
bahkan belajar menuntut usaha baharu.Bukan sekadar alat telekomunikasi,
malah menjadi medium membantu
dalam proses menuntut ilmu
serta kukuh nilai tradisi pembelajaran.Alat peranti kini dibekalkan
dengan pelajaran dalam permainan
beri kesan berkuasa dan optimum,
menarik minat penggunaan,
malah mudah untuk eksplorasi.Hanya tinggal menjadi cabaran,
juga sebuah persoalan,
para pendidik manfaatkan upaya,
teknologi terkini mampukah mereka?Zamhari Bakti
Kota Samarahan
12.12.2019
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...