Budi Pada Tanah
Di tebing sungai ini
aku menabur bakti
berjasa kepada tanah
walau sekangkang kera cuma
dengan harapan masa muka
jaadiku nanti terbalas jua.Padanya kutumpahkan keringat
dari pagi hingga ke petang
menanam sayuran dan buah-buahan
dapat nanti aku teruskan
penghidupan tanpa pekerjaan.Oh, tanah airku!
Sungguh aku begitu bertuah
dapat berbudi pada tanah
walau alam pekerjaan tiada harapan
meski aku seorang graduan.Oh, keluarga tercinta!
Usah gusar pada hari muka
akan kubalas jasamu ayah
akan kusejukkan perutmu ibu
dengan hasil tanaman kebun kecilku
demi rezeki Allah, tak usah berputus asa
rahmat-Nya pada hamba yang setia.Zamhari Bakti
Kampung Sungai Maong Tengah
27 September 2012
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...