Nanoteknologi
Pada waktu dihamparkan
menjauh terlihat wajah
apakah sebenarnya ragu aku
dunia teknologi melaju maju?Berkembang pesat negara
pada paksi teknologi sandaran nusa,
kemajuan mencari pemangkin jaya,
terseralah daya ilmu usaha,
nanoteknologi mendorong kemajuan,
asas menerjah masa hadapan,
segala kirim menjadi kecil
berkuasa besar tetap diambil.Pada sel kanser ia menjengah,
hapuskan mudarat pembawa padah,
kesan sampingan dapat dihindari
keupayaan unggul nanoteknologi.Namun dana masih diperlukan,
RMK-10 sudah dilunaskan
fasa baharu saingan bertemu,
tiada dana khusus
menyambung kajian diperlu.Semoga bestari rakyat saintifik,
manfaat dicari ilmu,
terus gigih menyebar yakin,
pada upaya telah nyata
pada landasan telah tersedia,
hanya bergerak mencipta jaya.Zamhari Bakti
4.3.2019
Kota Samarahan
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...