Puisi-puisi Sains #Wattys2019
WattpadHujan
Berkumpul awan menjadi besar,
asal putih bertukar kelabu,
itulah air tersejat di langit,
seperti udara terbang ringan.Berkumpul tinggi menjadi berat,
semakin rendah bertambah sejuk,
asal tersejat menjadi air,
menunggu angin menggoncang awan
menjadi hujan.Jernih suci jatuh ke bumi,
itulah hujan kiriman Ilahi,
besarnya ciptaan tiada rahsia,
hanya akal sihat mencakna
rasional minda saintifik bertanya.Zamhari Bakti
Kota Samarahan
2.1.2020#puisipertama2020
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...