Derita Chiroptera

31 3 4
                                    

Derita Chiroptera

Telah menjadi ragu,
berdekad lamanya,
misteri alam jangkitan 
bawaan haiwan pada manusia.

Hanya cendikiawan kini,
dijangkit resah fikir
pada layar masa hadapan,
melihat lebih banyak kerisauan,
akibat jangkitan.

Resah ini mendorong pasti,
dari perpindahan alam,
menghuni jajahan fauna
tinggal kini di alam manusia.

Paling merbahaya, 
sang kelawar berterbangan, 
menjadi perumah penyakit
pelbagai jenis derita. 

Kerananya bahaya
juga pada manusia, 
waspada tingkatkan sentiasa
singkir derita Chiroptera. 

Zamhari Bakti
Kota Samarahan 
28 April 2019

[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019Where stories live. Discover now