Kuasa Elektrik
Kau menemukan dunia baharu,
menyusun fakta menjadi makna,
mentafsir bahasa alam menjadi
manfaat dalam sehari bekerja.Deru angin meniupkan rasa gerun,
kau kumpul segenap daya,
menjadi terang malam,
tenaga angin menjadi upaya,
jana kuasa letrik untuk manusia.Dan damai mengalir tenang di kali,
kau pinjamkan dayanya,
putarkan mesin pencipta tenaga
membekalkan letrik untuk nusa,
bergerak menerajui hasrat cipta
bina ekonomi dan kejayaan negara.Hasil kajianmu,
penemuan saintis bermanfaat sejagat,
adalah rahsia alam,
untuk mentadbirkan bumi,
agar makmur seluruh manusiawi.Zamhari Bakti
Kota Samarahan
16.6.2019
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...