Perihal Kanser
Dalam tubuh setiap manusia,
ada satu sel gila,
meledak mengikut suasana,
rasa tertekan jiwa,
atau gelora bencana
pencemaran alam tercemar,
kesan udara dipenuhi raksa.Maka sebaiknya jadikan amalan,
hidup gaya sihat,
makan terjaga sumber organik,
tetapkan masa melakukan senaman,
dan hindari sifat buruk dalam hati.Agar hidup sentiasa lapang,
dari penyakit tidak diundang,
rasa bahagia ke hari tua,
menjalani hidup penuh bermakna.Zamhari Bakti
19.4.2019
Kota Samarahan
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...