Demi Lena

23 2 0
                                    

Puisi-puisi Sains

Demi Lena

Demi dingin malam
menyelimuti segenap mimpi, 
bakti ini
telah dituntut tubuhmu
enak nikmati beradu. 

Demi segar tubuhmu, 
neurologi telah mengkaji
pentingnya lena setiap manusia
sihat bahagia. 

Demi rahsia kekal kognitif muda, 
carilah dalam lena
mengembara di alam mimpi, 
kerana rehat minda
tiba malam menyelimuti, 
malah paling utama. 

Zamhari Bakti
kota Samarahan 
7.12.2019

[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019Where stories live. Discover now