Kereta Terbang

49 7 3
                                    

Kereta Terbang

Telah manusia mencuba
mencari caranya
terbang seperti burung
menawan angkasaraya.

Berbagai mesin dan kenderaan
dicipta pelbagai zaman,
kejayaan demi kejayaan
telah menjadi kebanggaan.
Kemudahan bergerak merentas benua,
lebih pantas di udara,
dicapai dengan kapal terbang
yang besar dan perkasa.

Kini teknologi terus diterokai,
terbang dengan kereta peribadi,
bersaiz kecil untuk diri
agar senang
ke sana dan
ke mari.

Dengan kemudahan baharu ini,
lebih mudah tujuan
dicapai dalam sehari.

Semoga berjaya juga,
merencana keselamatan udara,
dalam usaha
meningkatkan keupayaan teknologi dunia.

Zamhari Bakti
Kota Samarahan
5.6.2019

[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019Where stories live. Discover now