Pokok Belian
Keras bagai namanya,
itulah uniknya di hutan Borneo,
hanya ditemui dalam pulau istimewa,
terasing dunia, menjadi sekeras namanya.Punyai ketahanan sekukuh besi,
berdekad lamanya berdiri,
telah menjadi pilihan utama
dalam usaha membina,
rumah, jambatan atau apa saja
yang mahukan kayu belian
teguh menjadi asas usaha.Memakan masa hingga seabad,
mencapai matang usianya,
malah bercambah,
juga berbulan lamanya.Pokok belian warisan negeri,
kebanggaan Sarawak masyhur kini,
hutan ditambah meneruskan kelangsungan,
demi lestari masa hadapan.Zamhari Bakti
Kota Samarahan
18.6.2019
YOU ARE READING
[WATTYS2019] [COMPLETED] Puisi-puisi Sains #Wattys2019
PoetryPuisi-puisi Sains #Wattys2019 Pemenang Anugerah Wattys 2019 Kategori Puisi Blurb Sains merupakan sebuah cabang ilmu yang mengkaji tentang alam. Daripadanya kita memahami bagaimana alam berfungsi lalu segala ilmu dan maklumat itu dimanfaatkan sejagat...