Bab 1 : Harga Sebuah Maruah

227 0 0
                                    


  "Kalau kau tak naik langsung, apa yang kau nak jawab nanti pada semua keturunan kau? Ini bukan sebab bayaran, ini pasal maruah!"


Tegas Ahmad ringkas, sambil membakar sebatang rokok Marlboro Ice berharga 450 Yen sebungkus, di sandarkan beg nya di tepi timbunan jerami. Jam menunjukkan pukul 10 malam waktu Hakusandake.


Farid merenung jauh ke rimbunan hutan di bawah, dan memandang ke langit tinggi seribu bintang. Di toleh nya pula ke pada lampu lampu bangunan di sekitar pergunungan. Perjalanan masih jauh. Sugul air muka nya, mengenangkan keadaan kesihatan yang tidak memihak pada diri nya.


"Kau nak air? Kau minum air kena cukup waktu demam demam. Sedikit lagi kita berhenti di Stesen 7, di situ ada tempat rehat" Ujar Aizat, sambil mengeluarkan bekas minuman berisi air oren yang di beli nya di Pasaraya Lawson, yang juga menjual majalah majalah porno untuk golongan dewasa.


Farid mengangguk tanda haus. Aizat bingkas bangun, membuka penutup botol dan memberikan bekas minuman kepada Farid tapi Farid kaku dan cuma menghalakan mulut.


"Takkan minum pun orang nak suapkan celaka?" Sinis Baihaqi sambil mengeluarkan beberapa bungkus coklat Snickers.


"Pernah kau lihat bintang sebanyak ini Farid? Ini sebenarnya antara satu nikmat pendakian. Gugusan bintang ini membuatkan aku mahu bermimpi lagi. Pendakian bukan nya untuk kepuasan lain, tapi sebaliknya untuk melawan diri sendiri" jelas Ahmad dengan nada romantik, sambil meletakkan kepala di atas perut Farid yang empuk, rasanya seperti timbunan gula gula kapas.


"Ayat kau tak boleh gampang lagi ke?" Senyum Farid, senyuman nya yang pertama sejak tiga jam yang lepas.

Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now