Bab 21 : Mencari Tuhan

63 0 0
                                    

Pandangan Shahrul semakin kabur. Permata di sangka batu. Batu di sangka permata. Permata untuk isteri.


Ding ding ding, ding ding ding ding ding!


"Telah ... ku siapkan ... satu daerah ... paling sunyi,"


"Dalam hati ini ... untuk kau isi ... sebagai isteri." nyanyi Shahrul ringkas, sambil mengetuk tamborin kesayangan nya.


Menjelang 30-an ini antara dilema yang melanda Shahrul adalah tentang pasangan hidup. Hari itu, ada juga niat hendak berkenal kenalan dengan Atiqah, yang sungguh tampil penuh berkaliber sejak hari pertama perkenalan, dengan tudung bawal merahnya, kasut nya yang bercorak bibir, cukup, mempesonakan. Tutur katanya yang lembut kadang membuat Shahrul resah gelisah tapi di sembunyikan. Atiqah juga antara makwe yang paling kurang bercakap dengan Shahrul, kadang kadang di bela apabila orang ramai memberikan tohmahan. Tapi semasa itu, hatinya serba salah, teringat pula makwe di Malaysia. Kesetiaan tak berbelah bahagi, kepada pemimpin, kepada rakyat, ujarnya dalam hati. Melihat gelagat Farid yang sedang mencuba untuk rapat dengan Aini, dia juga tidak mahu ketinggalan, namun kecederaan yang sedang melanda diri harus di ambil kira juga.  Cuaca yang sudah mulai panas itu memberhentikan nyanyian Shahrul, peluh jantan Shahrul menitis bagaikan penghujungnya. Bayang bayang Akmal yang tadi cuma selangkah dua di hadapan nya kini kian jauh. Ikutkan hati nak sahaja dia gelongsorkan badan berguling guling untuk turun dari puncak yang perit itu. Tapi kalau nak guling guling ini tak indah kalau tak ada Kajol, dan taman taman bunga.


Papan tanda menunjukkan lebih kurang 1 kilometer lagi untuk sampai ke permulaan Stesen 8 yang berketinggian 3200 meter dari paras laut. Kaki semakin lenguh, dek kerana melayan angin tambahan pula tidur yang tidak cukup, dalam kekeliruan, mencari Tuhan. Di Malaysia, Shahrul selalunya akan tidur minimum 8 jam sehari, sebelum tidur akan minum susu Dutch Lady, tetapi kali ini dengan jumlah waktu tidur yang hanya baru 2 jam sejak dari malam tadi, tambahan pula kerana tiada teman untuk jalan bersama, ada kemungkinan dia perlu memberhentikan perjalanan. Untuk naik ke puncak, adalah satu pilihan, untuk turun adalah satu kewajipan. Tidak Shahrul sangka yang trek menurun ini adalah sesuatu yang menyiksakan. Kali terakhir dia rasa tersiksa adalah kerana menyokong Perdana Menteri, dan kisahnya tidak berakhir dengan baik.  Dalam dia tidak sedar, dia pun rebah ke batu batuan kecil di penghujung zig zag, mujurlah tanah di situ lapang. Kelihatan beberapa pendaki Jepun cemas datang untuk memberikan pertolongan tapi terus di tahan Shahrul, sambil memberikan isyarat pada mereka yang keadaan nya masih baik. Lalu Shahrul bercakap berseorangan sambil tersengih.


"Tak sabar aku nak berlagak depan Farid yang aku sampai puncak, he he he. Stesen 7 ya bang" ujar Shahrul tersenyum sambil membersihkan kulitnya yang menggelupas.







Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now