Bab 19 : Misteri

59 0 0
                                    

Aizat tiba di puncak jam 10.30 pagi waktu Jepun. Turut serta adalah Syafiqah, bersama Akmal dan Shahrul. Masa itu, cuaca sangat terik dan angin sudah pun redah. Tapi tampak kelibat Shahrul tidak bermaya, walaupun sudah mengunyah 2 buku roti dan 3 gelas air kopi tanpa gula. Mungkin gula adalah masalahnya. Di Jepun, kebanyakan teh dan kopi tidak ada gula. Tidak hairanlah ramai penduduk Jepun tidak manis. Kalau manis pun berlakon filem pornografi. Bangang.


Sewaktu di puncak, Aizat ada mengingatkan pada teman teman sependakian nya untuk terus turun dan tidak membuang masa demi mengejar waktu bas dan keretapi lokal. Ini kerana ada kemungkinan jika turun lambat, nescaya seluruh kumpulan terpaksa bermalam di sekitar Stesen 5 yang kos nya memakan sekitar 7500 Yen, dan tidur pun di dalam kapsul, bukanlah di dalam satu bilik yang selesa berhawa dingin. Sebenarnya di sekitar puncak gunung, tidak sesuai untuk bilik hawa dingin. Cukuplah bilik adam hawa.


Aizat memulakan langkah turun bersama Syafiqah. Mukanya masam, berkerut, kerana terpaksa membawa beg Noreen yang tak kunjung tiba. Sudahlah tidak mendaki bersama, di tinggalkannya beg bersama dengan Aizat, yang terkenal dengan kaki yang cepat lesu langsung krem. Rancangnya, Aizat mahu meminta bayaran setimpal paling paling pun nasi berlauk kan daging sembelihan ahli kitab, untuk tugasan membawa beg Noreen. Terbayang di kepala nya sup panas dan cebisan daging segar. Selepas ini, tidak ada lagi bungkusan Brahim.


Manakala kelihatan di belakang, Akmal berjalan seiring Shahrul untuk turun melangkaui jalur zig zag yang tiada penghabisan. Rancang Akmal untuk terus turun laju tapi memandangkan keadaan Shahrul yang membimbangkan, di perlahankan pergerakannya sedikit demi sedikit. Tapi dalam tidak sedar, langkah nya masih sangat laju berbanding manusia biasa. Dahulunya, Akmal mewakili rumah merah dalam acara balapan 4 x 100 meter. Justeru langkah nya yang biasa, adalah langkah manusia yang berlari. Pernah bertanding seiring Watson Nyambek sebelum Watson bersara dan membuka kedai serbaguna Watson, sementara Akmal membuka kedai Guardian.


"Mana Shahrul, tadi dengan kau kan? Lenyap?" tanya Aizat di Stesen 8.


"Ada di belakang, tadi ada betul betul belakang aku, lepas 5 minit, semuanya jadi misteri" balas Akmal, sambil melihat jam catatan masanya di tangan.


***


"Mana Shahrul?" tanya Riduwan ringkas di Stesen 5 Fuji Subaru.


"Mana Shahrul?" tanya 21 teman teman sependakian yang lain.


"Mana Shahrul?" tanya ranger Gunung Fuji.


"Mana Shahrul?" tanya makwe Shahrul. Sedangkan Shahrul tiada makwe.


Fuji Dan Syukur Pada IlahiWhere stories live. Discover now